>Apa yang aku tahu tentang blogwalking?

>

ambik gambar dari blog ini:    belibuy.blogspot.com

Istilah blogwalking  ni sebenarnya aku baru tau apa maksudnya. Aku dah bukak blog sejak 2006 lagi.Tapi walaupun 2006, ilmu aku berblog tak setaraf dengan usia aku berblog. Masih bertaraf beginner. Kalau la aku tau blogwalking ni penting, tentu blog aku dah jadi otai kot? hehehe.Otai sebab dah lama. Jadi bila tak buat blogwalking, tak ada pengunjung la. Entri dalam blogspot ni plak  aku buat entah apa plak tu…hehehe

Ok. Kemudian aku berblog lagi pada 2008.Lahirlah duniacikgu.wordpress.com.Aku teringin nak letak chat kat blog aku ni. Biasalah tengok kat blog orang lain ada.Aku cuba godek godek kat dashboard semua tak berkesan. Setelah di kenalpasti baru la aku tau.Wordpress tak layan orang nak letak benda benda coding Javascript ni. Kalau nak kau kena guna domain sendiri baru bleh.

Aku ada juga nak letak nuffnang di duniacikgu pun gagal.Memang la tak boleh sebab coding javacript.Jadi kalau ada sesiapa tahu cara nak bagi boleh iklan nuffnang di wordpress free dan boleh letak shoutmix tolong ye. Sebab ramai juga yang masuk blog aku walaupun tanpa blogwalking. Sebab ada  entri tertentu dalam blog itu banyak orang cari.Kalau tak caya taip tips dan panduan kpli. InsyaAllah blog duniacikgu di antara yang teratas.

So, dari sini aku dapat satu kesimpulan yang mudah. Blogwalking + entri yang berguna akan meningkatkan jumlah visitor. Blogwalking saja tanpa entri yang berguna pun  masih tak mencukupi. Jika entri sahaja hebat tanpa buat blogwalking pun  tidak kemana.

*Kelebihan wordpress bagi aku ialah ia lebih SEO dari blogspot. Sebab tu ramai juga blogger gunakan hosting worpress untuk domain sendiri..  Ada tak setuju?

*Tapi, knapa kita tak panggil orang yang guna wordpress tu wordger?blogger kan untuk yg guna blogspot? hehehe.

One thought on “>Apa yang aku tahu tentang blogwalking?

Add yours

Leave a reply to zacky ~786~ Cancel reply

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑