>Tiga Parah Bas Terbalik

>Tiga pelajar dari IKM Jasin Melaka parah apabila bas mereka naiki terbabas dan terbalik di gua tempurung dekat Gopeng Perak. Bas tersebut terbabas ketika mahu mengelak dari bas lain yang juga sedang menuruni bukit. Ketika itu hujan sedang turun dengan lebat dan jalan licin.


Di dalam bas itu terdapat 41 penumpang lain yang terdiri dari pelajar,pensyarah dan ahli keluarga.Walaubagaimanapun kesemua mereka hanya cedera ringan. Ketiga tiga mangsa masih di rawat  Hospital Raja Permaisuri Bainun.


#makin takut la orang nak naik bas...asyik terbabas– terbalik…


Baca Berita Penuh di bawah
______________________________________________________________________________________________



Tiga Parah Bas Terbalik – Utusan
IPOH 11 Dis. ā€” Tiga pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Jasin, Melaka parah apabila bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Km 304.5 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Gopeng hari ini.
Ketiga-tiga pelajar berusia antara 19 dan 23 tahun itu kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini.
Kejadian pada pukul 6 petang itu membabitkan bas yang dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas menghadiri majlis makan tengah hari Jawatankuasa Perwakilan Pejalar (JPP) di Cameron Highlands.
Bas terbabit membawa 41 penumpang terdiri daripada pelajar, pensyarah dan anggota keluarga mereka serta lima pemandu.
Kesemua mereka hanya mengalami luka ringan, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh Mohd Aminuddin Abdul Rahim ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata, bas itu dipercayai terbabas ketika mengelak sebuah bas lain ketika menuruni kawasan Gua Tempurung dalam keadaan hujan lebat.
“Kemungkinan brek yang tidak berfungsi dengan baik menyebabkan pemandu bas gagal mengawal kenderaan itu menyebabkannya terbabas ke dalam longkang dan terbalik,ā€ katanya. – Bernama

2 responses to “>Tiga Parah Bas Terbalik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s