>Lain yang di tanya lain yang di jawab

>

Aku nak kongsi  cerita. Ini cerita di sekolah lah. Semasa aku menanda kertas periksa akhir semester baru baru ni. Ia buat aku teringat ingat. Ada masanya aku rasa lucu, ada rasa marah,ada rasa sedih kiranya bercampur campur la perasaan tu. Sedih dan marah kerana aku dah bagitahu dan ajar,  siap ada latihan bawak balik rumah. TETAPI….
Ok, sebelum tu aku nak terangkan sikit. Di sekolah aku nama rumah sukan ada nama lain selain hijau, merah, kuning dan biru tu. Nama lainnya ialah Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Syahbandar. 
Dalam soalan Kajian Tempatan tahun lima ni ada satu soalan struktur  yang meminta murid murid mengisikan kolum di beri tentang tugas Pembesar Empat Lipatan iaitu Bendahara,Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari.
Rasanya apa yang korang fikir murid aku ni jawab dalam soalan ni?
Murid aku yang bijak ni letakkan semua nama guru rumah  sukan tadi tu kat bawah kolum tu. Kiranya ke empat empat tugas pembesar ni semua di isi dengan nama cikgu rumah Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Syahbandar. Penghulu bendahari ni bukan rumah sukan kat sekolah. Itupun dia bubuh nama cikgu gak kat bawah tu.
Paling hebat dia boleh tambah perkataan rumah di tepi nama pembesar tu pakai pensil. Punya marah aku. Nasib dia seorang je yang buat angkara macam tu. Aku plak tak sempat masuk kelas lepas exam sebab cuti isteri bersalin dan lepas tu plak ada kursus.Bukan apa rasa nak jumpa ngan murid aku ni. Rasanya tahun depan ada rezki nak jumpa kot. Hehehe.

>Resepi: Tomyam ayam Bersama bebola Ikan

>

Salam,ni  bro semalam ada masak tomyam. Rasa nak berkongsi dalam blog ni. Boleh ke?.Ini ialah resepi tomyam yang di beri nama Tomyam ayam bersama Bebola ikan. fuuh! dasyat namanya…

Bahan Bahan
Bahan untuk di tumis:
1 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
1 cm halia

BAHAN LAIN

– Semangkuk besar ayam bersama bebola ikan
-Bawang besar 1@ 2 biji (bawang Holland) dihiris
-Buah Tomato 2 biji di potong potong
-Lobak merah 1/2 batang dihiris nipis (boleh juga nak letak yang lain lain lagi seperti bunga kubis)
-Cili padi sederhana besar(cili kecil @cili api tak sesuai) try dalam 5 biji dan dititik. Kalau nak pedas tambah lagi.
-sesudu besar sos tiram.
-serai 2 batang di titik
-asam keping (2,3 keping kecil) /limau nipis ambil jusnya (semasam  yang di sukai)
-daun ketumbar@ daun limau purut . 
-garam 
-gula
-kiub ayam (1/2)
Cara Memasak (3 @4 orang makan)
1. Panaskan minyak dalam 1 sudu besar. Tumiskan bahan tumis yang telah di kisar/tumbuk halus tadi
2. Masukkan 2 sudu besar perencah tomyam dan masukkan sekali  serai dan tumis lagi hingga naik bau.
3. Masukkan air anggaran 3@4 orang makan. Kemudian masukkan bebola ikan dan ayam tadi ke dalam periuk.Masukkan juga sesudu besar sos tiram.  
4. Tunggu sehingga mendidih @ ayam sudah masak,masukkan lobak,cili,buah tomato,bawang yang dihiris,
5. Masukkan garam dan gula(1 sudu besar) @ sesedap rasa.Masukkan juga kiub ayam tadi.
6. Agak dalam masa 5 minit lepas tu boleh di angkat
7. Perahkan limau nipis dan taburkan daun ketumbar ke dalam mangkuk hidangn.
8.Siap untuk di jamah. (jangan letakkan daun ketumbar ke dalam periuk kerana  menjejaskan rasa(pahit) kalau terendam lama di dalam periuk.
Rasai dulu masin,masam manisnya

perencah tomyam kegemaran..

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑