Pentauliahan Pegawai Kadet Remaja Sekolah Zon Tengah

Semalam saya baru balik dari aktiviti perkhemahan untuk Pentauliahan Pegawai Kadet Remaja Sekolah Zon Tengah selama 4 hari di Kem Merchong Kuala Rompin. Hari ni, masih terasa lagi penatnya,ialah selama 4 hari 3 malam tu ,berbagai aktiviti yang di buat seperti kawat,kembara,bina rakit,kayak,merentas sungai ,berjaga malam,memasak,membuat gajet dan aktiviti-aktiviti ni terikat dengan waktu yang ketat.Alhamdulilah, akhirnya kami telah pulang dengan selamat ke Institut, dan yang penting telah bergelar Leftenan Muda KRS..heheh

Banyak ilmu-ilmu yang di pelajari seperti ilmu berada di dalam hutan, displin, kerjasama kumpulan,membuat rakit dan berbagai-bagai lagi pengalaman yang menarik termasuk tidak mandi (haha)..ialah kami menghadapi kekurangan air kerana kem tidak dapat menyediakan air untuk menampung  400 orang kadet, mungkin tekanan air rendah nak mandi ,nak masak pun susah..

One thought on “Pentauliahan Pegawai Kadet Remaja Sekolah Zon Tengah

Add yours

  1. salam sejahtera saudara,

    saya seorang ahli krs dari kuala lumpur. saya telah habis sekolah pada tahun 2005.
    bolehkah saya tanya.. manakah saudara memohon menyertai kursus pertauliahan pegawai krs ? saya ingin terus berkhidmat di krs.

    terima kasih

Leave a reply to Nicholas Cancel reply

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑