>Cikgu 25hb….

>

Cikgu 25 hb. Itu satu sindiran yang sangat pedih kepada cikgu.Cikgu ni adalah manusia biasa. Perlukan gaji dan wang untuk menyara kehidupan dan keluarga.Mana ada manusia di zaman ini tak perlukan wang untuk kehidupannya.Cikgu kejar 25hb tu adalah kerana banyak perkara yang perlu di bereskan seperti bil2, kereta, rumah. Salahkah kami ingat 25 hb?. Kalau pun kami ingat pasal duit pun , itu memang hak kami.  Pasti Allah tidak bagi dosa pun kepada kami kerana fikir pasal duit itu kerana ia bukan hak orang , ia memang hak kami selagi kami kerja dengan sebaik mungkin dan ikhlas. 
Jadi cikgu ni sama sahaja macam kerja kerja yang lain. Buat kerja sebaik mungkin dan berusaha untuk meningkatkan kualiti kerja. Bezanya cikgu adalah bidang kerja untuk mencungkil potensi individu dan kemahiran selain menerapkan ilmu pengetahuan kepada murid untuk kegunaan mereka. Kami menolong ibubapa mendidik anak anak mereka menjadi manusia yang berguna. Kami bekerja, pada masa sama kami tahu ada pahala yang kami terima jika ilmu ilmu dan nasihat yang kami sampaikan sampai kepada murid murid. 
Jadi jangan lah sindir2 cikgu 25hb.Rasa bengang ada, sedih ada walaupun mungkin di tujukan kepada orang lain. Tapi sebagai cikgu, terasa juga terdengar orang berkata begitu. 

One response to “>Cikgu 25hb….

  1. >Mak bapak budak² tu semua kerja kan? Janganlah sebut² 25hb sebab diaorang pun tunggu tarikh tu untuk bayar macam-macam. Kalau cikgu takde mengajar langsung bolehla nak perli². Kalau nak bagi tumpuan 100% dekat certain2 budak suruh masuk sekolah swasta.. (aku harap komen aku ni relevan)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s