>Bakat ada sikit,minat semakin kurang (1)

>

Masa zaman aku remaja dulu, perkara yang paling aku minat adalah muzik. Muzik paling aku suka adalah rock dan seangkatanya sampai la ke tahap death/black metal. Pernah aku pasang kaset  album sil khanaz album gerbang kayangan..kakak aku tiba tiba masuk dalam bilik aku. Masa tu aku dengan member aku tengah layan kaset tu. 
Dia kata” kau pasang lagu orang gila ke”? . Dalam hati punya le bengang bila kakak aku cakap macam tu. Tapi aku seorang yang tak melawan balik walaupun aku dengar lagu macam tu. Biasanya orang akan fikir , bila dengar lagu macam tu kita ni seorang yang liar atau tak ada ahlak. Tapi aku dengan kawan aku tak macam tu. Kami innocent. hehehe.Aku rasa kawan kawan aku yang lain,yang tak ‘masuk’ dengar lagu macam tu lagi degil dan sosial. Padahal diorang layan lagu kumpulan Sting, scorr,spoon je. 
Masa tu juga, aku mula minat nak belajar main gitar. Dah pandai sikit , kawan aku si Shukri dan Halil ajak aku pergi jamming. Shukri pada awalnya suruh aku main dram. Dia main bass. Halil main gitar. Konon kononnya kami ni macam Cromok la (3 piece). 
Sampai di tempat jamming Shukri suruh aku ketuk dram ikut tempo. Masa mula mula  jamming tu kami main lagu semangat yang hilang -XPDC. Tapi haram aku tak boleh ketuk ikut tempo. Lintang pukang.Last last aku surrender. Aku pegi ambik bass. Shukri main dram.Tapi haram aku  tak pernah pegang bass .Aku main gitar tau la. Tapi main gitar  pun masih merangkak. So main bass pilihan terbaik untuk aku. 

2 responses to “>Bakat ada sikit,minat semakin kurang (1)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s