>this is the best coverage….

>

Ada satu kenangan semasa aku duduk di Sarawak dulu yang aku teringat hari ini. Masa tu aku beli tiket online guna internet sekolah. Internet sekolah aku ni bukan guna sistem telefon. Pakai parabola besar. Memandangkan internet tak berapa cantik linenya menyebabkan berlaku error dalam proses beli tiket Airasia online tu. So aku telefon la Airasia.  Operator Airasia ni dengar la masaalah aku ni. Tapi dia kata kat aku  “encik tak berapa clear sangat la suara encik” boleh cakap clear sikit tak?” . Aku punya la bengang dia kata kat aku macam tu. So aku cakap kat dia balik    ” Encik, this is the best coverage i have! saya di pedalaman ni!….kawan aku cikgu Sutiman budak Kelantan tu dengar aku cakap english broken macam tu terus ketawa  terbahak bahak.. 
speed boat tu lah pengangkutan utama aku dulu nak keluar ke bandar
Ada satu lagi kisah, ni pasal beli kereta. Aku mintak kakak ipar aku tolong carikan kereta untuk aku guna masa balik semenanjung. So bila dah dapat, ejen kereta tu pun telefon aku. Dia mintak dokumen dokumen berkaitan la seperti salinan IC dengan slip gaji. So dia cakap kat aku “boleh tak encik fax kan kat no fax saya ni dokumen tu dengan segera?. Aku pun dengan pantas jawab ‘kak, usahkan nak fax , tiang telefon pun tak ada kat sini!, line hp pun tak clear kat sini..Nanti jumaat ni saya keluar bandar saya fax..Saya sekarang kat pedalaman..

4 responses to “>this is the best coverage….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s