>Bayar yuran sekolah

>Entri ni aku nak tulis masa awal buka sekolah dulu. Tapi rasa serba salah. Aku tak tau la entri ni nanti orang fikir ia satu komen atau cadangan. Kalau ikut niat aku yang iklhas ini  ia adalah cadangan. Hahaha. Nanti ada yang fikir kalau cadangan kepada pihak sekolah kenapa mesti masukkan dalam blog. Bagitau pihak pentadbir sahajalah. Memang aku nak bagitau.Tapi aku pun baru terfikir perkara (idea) ni masa buka sekolah hari tu. Nanti hujung tahun ni aku fikir nak bagi cadangan ni dalam meeting. Apahal pun aku nak tulis dalam blog dulu.

Ok,sekolah aku ni memang standard macam sekolah sekolah lain di Malaysia ni. Termasuklah sekolah aku belajar dulu. (aku rasa dah ada sekolah lain yang buat inovasi cara bayar yuran ni cuma aku tak tau)Masa bayar yuran mesti ibubapa(I/B) akan pergi ke setiap kelas anaknya. Biarpun anaknya ada 3 orang dan berlainan kelas maka akan ke 3 kelas la I/B nak membayar yuran. Leceh tak?. Padahal kalau la pentadbir ni seorang yang bersifat inovasi, dia akan memikir apakah ada cara lain yang lebih mudah dan bijak. Kalau pada aku kenapa kita perlu nak buat cara ini lagi. Sudahlah membuang masa dan meletihkan ibubapa semasa proses mencari kelas anaknya + menaiki kelas di tingkat 3 contohnya.

Kalau la buat di tempat yang sama contohnya seperti di dewan sekolah ataupun di halaman sekolah(pasang khemah). Tak perlu  lagi guna sistem mengikut kelas.Ada kaunter untuk bayar yuran, sekurang kurangnya ada lima buah kaunter. Guru yang menjaga kaunter tak semestinya guru kelas.  Ibubapa cuma perlu bagitahu nama anaknya dan kelas di kaunter tu. Nama murid mengikut kelas di tampal di tepi dinding untuk memudahkan ibubapa mengenalpasti anaknya berada di kelas yang mana. Untuk memudahkan pihak sekolah mengenalpasti murid yang sudah  membayar yuran, di dalam resit yuran tulis nama murid dan nama kelasnya contohnya 3 Jaya di tulis seperti 3 J di atas borang,. Bila proses membayar yuran selesai, guru guru bersama sama mengasingkan borang yuran tadi mengikut kelas masing masing dan di serahkan kepada guru kelas berserta duit yang sepatutnya.

Itu cara manual, kalau cara yang lagi hebat i/b cuma perlu bayar guna bank online ke akaun sekolah.Jumlah bayaran  yuran boleh di cari  di portal sekolah. Resit bayaran boleh di ambil di sekolah atau kirim kepada anak. Admin portal dah sediakan manual dan maklumat pembayaran. I/B yang tak pandai guna cara ni masih lagi boleh guna cara bayar yuran manual.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s