>Rumah dan hartanah

>

“Membeli hartanah bukanlah sesuatu yang dapat dilakukan secara kerap didalam kehidupan kita. Kebanyakkan rakyat Malaysia hanya membeli rumah sebanyak 2 kali sahaja seumur hidup. Beli buat pertama kali semasa muda dan setelah 10-20 tahun… mereka membeli rumah dikawasan yang dirasakan sesuai untuk persaraan.
Jadi mungkin apa yang anda beli hari ini akan dilupuskan untuk mendapatkan hartanah yang lebih baik hari esok. Belilah hartanah hari ini dengan pelaburan jangka panjang didalam minda”.-drrumah.com

petik gambar dari : http://jejakmihrabmimbar.wordpress.com
1. Dalam fikiran saya sekarang, saya teringin memiliki sebuah rumah yang boleh di diami dan pada masa sama ia ada nilai pelaburan yang baik. 
2. Dalam menentukan nilai pelaburan yang baik ia bergantung juga kepada lokasi sesuatu hartanah dan nilai hartanah di tempat itu. 
3. Hampir semua orang berfikir bahawa membeli rumah adalah satu pelaburan. Ada juga yang berfikir bahawa membeli rumah juga satu perjudian. Bila membeli rumah, rumah tak siap atau di tipu pemaju. Ada juga kes kawasan berhampiran rumah  di buat satu kawasan perkuburan.Bila ini terjadi, ternyata betul dakwaan membeli rumah ialah satu  perjudian. Kerana kita berisiko untuk mendapat kerugian. 
4. Beli rumah untuk persaraan. Saya teringin membeli hartanah di kawasan luar bandar sebagai persediaan persaraan. Kenapa saya tidak teringin membeli di kawasan bandar?.Mungkin kerana saya adalah budak kampung yang biasa hidup di kampung. Merasa tinggal di kampung atau luar bandar lebih tenang dan tenteram. Tetapi adakah dalam masa 10-20 tahun akan datang akan ada lagi kawasan luar bandar yang harga hartanahnya 100-200 ribu?. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s