>1 Sekolah 5 bilik Guru

>Aku bukan suka nak kondem kondem manusia ni. Memang telatah manusia ni pelbagai. Dalam organisasi pun pelbagai karenah. Telatah pentadbir pun begitu juga. Cerita tentang pentadbir, pentadbir sekolah aku ni aku akui memang best. Aku suka dengan cara mereka. Mereka ‘sporting’ dan menguruskan orang bawah dengan berhemah. Memang tak ada tekanan langsung kat aku untuk kerja di sini. Perkara yang membuat aku stress cuma hal di luar sekolah. Perkara tentang rumah yang sedang di cari untuk di beli, rumah sewa yang agak gayat tambah lagi parking kat rumah yang bertindan tindan. So itu perkara yang agak stress berbanding kerja aku.

Cuma tahun ni , aku rasa pelik dan rasa tak setuju dengan pentadbir aku. Aku tak marah atau bengang kepada mereka. Cuma aku pelik  tentang bilik guru yang sekarang ni dah jadi 5. Kalaula lepas ni aku duduk di bilik biasanya guru data (guru data dulu) macam aku duduk so dah jadi 6 la . Buat masa ni aku tak nak duduk di situ. Aku suka nak berkawan. Bukan nak buat hal sorang sorang. Sekarang ni bila bilik guru pada asalnya 3(pun agak banyak) dah jadi bersepah sepah. Di blok A ada 2 bilik, di blok B ada 2 bilik di Blok C ada 1 bilik. Cikgu pulak tak la ramai sangat , ada la dalam 35 orang. Masaalahnya aku rasa bosan teramat sangat. Bila balik dari kelas, masuk dalam bilik guru yang aku duduk tu selalu  tak ada orang. Nak bersembang pun tak dapat…

7 responses to “>1 Sekolah 5 bilik Guru

  1. >ayuni: tu la , semua nak dekat dgn kelas yg di ajar..pizli: tau takpe, bosan yang amatwahida: yer la..rasa dua bilik paling banyak kira ok..patut cari bilik yang besar ada tapi dah jadi bilik lain plak. bilik guru besar baru boleh muatkan semua..

  2. >hmm…saya pernah 2 thn jadi cikgu sekolah di JB dulu..lepas tu sambung belajar dan terus jadi pensyarah…saya kesian cikgu skrg, byk workload yg tak sepatutnya mereka tanggung!

  3. >eqbalzack: tentang hal tu, saya susah nak komen apa apa..takut ada pihak yang rasa cikgu ni banyak songeh..kononya balik kerja pukul 1.kerja rilek. Sedangkan balik kerja tu tak semestinya kerjanya dah habis. Balik rumah tanda buku,buat rancangn mengajar, kerja 2 persatuan dn mcm2 lagi. yang penting sbg cikgu ni kena ikhlas dgn kerja..wlau bayk keje tapi hati tetap tenang..sempoi..kalau di kira masa saya pernah kerja swasta dulu lagi byk keje berbanding skrg..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s