>Pak turut dunia moden

>

Masyarakat kita ni terbiasa dengan budaya pak turut. Adakalanya pak turut ini di salah ertikan sebagai mengikut arahan atau perintah atau juga setia kepada pemimpin. Biasanya budaya pak turut ini melibatkan orang yang berpengaruh dalam masyarakat. Mungkin ramai akan jadi pak turut kepada ketua kampung, imam , JKKK dan paling biasa pak turut kepada orang politik.
Menjadi pak turut bukanlah semestinya perkara yang tidak baik. Jika  memahami sesuatu perkara atau isu dengan betul dan selepas itu  menurut dengan setia itu bukanlah dikatakan sebagai pak turut. Masaalahnya ada di kalangan kita suka mengambil jalan mudah. Jika seseorang itu berpengaruh maka tanpa usul dan periksa mudah sahaja kita mengikut cakap atau arahannya. Padahal masih belum tentu cakapnya itu betul betul tepat dan sahih.
Begitu juga dengan hanya  membaca sesuatu isu dalam akhbar atau menonton TV  sahaja kita telah membuat kesimpulan. Sedangkan kita tidak pun membaca dari sumber alternatif yang lain untuk memahami isu itu dengan adil. Itu juga pada saya sama sahaja dengan konsep pak turut.
Rupanya watak Hang Tuah yang di gambarkan sebagai setia membuta tuli itu masih melekat dalam masyarakat kita. Bukanlah mahu menganjurkan kepada sikap Jebat yang derhaka itu, cara begitu juga tidak betul pada zaman sekarang. Dunia sekarang manusia itu hebat disebabkan otaknya bukan lagi kerana kekuatan fizikalnya. Jadi berfikirlah dengan cara yang betul dan waras bukan berfikir dengan kepala lutut yang tak boleh berfikir itu.
* Entri ni mungkin agak  kasar terutamanya kepada orang yang tidak mengambil  atau memahami sesuatu isu atau perkara secara objektif , apatah lagi yang terlalu memihak @ berat sebelah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s