>Darwisy matang sebelum usia?

>

Salam pembaca semua, 

Ini cerita pasal anak aku si Darwisy. Sudah beberapa orang yang tengok anak aku fikir umurnya dah 2 atau 3 bulan padahal Darwisy ni baru nak masuk 54 hari. 
Kata kakak , kesemua anaknya,sejak lahir  hingga ke 3 bulan tidur sahaja. Kalau bangun pun sebab menangis nak menyusu. Lepas dah menyusu  tidur semula. Macam tu la rutinnya..
Tapi si Darwisy ni lain sikit. Sejak lahir lagi matanya sudah celik. Suka memandang keliling. Dia juga sudah mampu memandang dan memerhati orang di depannya pada jarak anggaran 2 meter. Ekor matanya selalu mengekori pergerakan aku sehingga cuba memusingkan kepala. 
Dia juga jenis yang suka nak bermain dari nak tidur. Walaupun pada ketika itu matanya dah merah dan menguap. Dia cuba nak lawan matanya supaya dapat nak bersembang dengan ibu dan abahnya walaupun kita tak faham pun apa dia nak cakap..hehehe..Suara Darwisy pun sekarang dah meleret sikit berbanding minggu minggu sudah.
Kaki dan tangan pula  memang jenis tak duduk diam. Lagilah kalau dia di bogelkan sebelum dan selepas mandi lagi nampak seolah olah mahu bergusti.
Badannya sekarang semakin membesar. Last timbang 24 hari yang lepas sudah 4kg. Rasanya cukup umur 2 bulan ni mungkin aku rasa akan cecah 5 Kg. 

2 responses to “>Darwisy matang sebelum usia?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s