>Perkara tak puas hati dalam hidup

>

Aku nak suarakan rasa tak puas hati di sini. Selama ini aku sebagai pengguna merasa sering menjadi mangsa perkhidmatan yang tidak memuaskan. Dari jalur lebar hinggalah kepada andaman pengantin.
Contohnya sebagai pengguna broadband, aku kena membayar bil tetap sebulan lebih RM 60 untuk capaian 3G. Sebelum itu, beberapa tahun yang lepas pernah aku membayar RM99 sebulan dari syarikat yang berbeza. Kononnya, 3G. Apa yang mampu dicapai hanyalah GPRS walaupun  di masa tu aku berada di kota KL. 
Jadinya,dimanakah kejujuran penyedia perkhidmatan ini?. Kita yang bodoh? atau mereka memperbodohkan kita?. Peliknya, di kawasan yang tak dapat 3G pun masih ada yang menjualnya?. Kita sebenarnya membayar pada harga 3G, sedangkan yang kita perolehi hanyalah GPRS satu dua bar sahaja.
Itu pasal 3G. Ini pasal andaman pengantin pula. Ada satu kedai andaman pengantin yang telah menipu aku secara halus. Sepatutnya  yang aku lantik sebagai juruandam mestilah dia yang servis untuk aku. Tapi mengapa pada hari kenduri freelance pula yang di hantar?. Kenapa aku tak diberitahu awal awal?. Freelancer pula buat tahi. Satu hari dia boleh buat 2 event. Aku yang jadi mangsa. Patut bersanding pukul 12, last last kerana tunggu freelancer pukul 2 baru aku bersanding.Masa tu orang pun dah balik!. 
LOKASI kedai:Sebelah CIMB T_ _ _ _ _ _  _ _ _ _ M 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s