>Pergi Haji tahun 2035 , makcik tak ok

>

Sekarang umur makcik tu dah 60 tahun pada tahun 2010 ni. Pada tahun 2035 atau 25 tahun lagi umur makcik dah 85 tahun. Bayangkan pada umur macam tu dan standard orang Malaysia, rasanya taklah  kuat lagi.
Bukan nak salahkan sesiapa dalam hal ini. Bukan nak salahkan Tabung Haji. Tabung Haji memang dah buat kerja yang terbaik.Cuma,memang ramai sangat orang yang sudah mendaftar untuk menunaikan haji. Lagipun mereka yang lain pun dah lama mendaftar. takkan nak potong que..
Makcik tu bukannya orang senang. Dia mendaftar haji ni pun bila dia dah ada duit. Bukannya dulu dia tak nak pergi haji. Cuma tak perlu lagi masa tu kerana dia masih tak mampu. So, bila dah mampu ni dia cuba la nak mendaftar. Tapi bila daftar baru baru ni dia hanya dapat peluang tu pada umurnya 85 di tahun 2035!.
Jadi, bagi aku jalan terbaik sekarang, baik la makcik tu pergi haji guna travel agency sahajalah. Sekarang banyak travel agency yang menganjurkan program haji. Daftarlah disana. Nak tunggu Tabung Haji memang tak masuk akal lagi.
# Sebenarnya makcik tu  mak abang ipar aku ..
# So aku rasa, perlu kot aku daftar haji sekarang? lagi 25 tahun umur aku dah 55?. Aik! masa tu pun aku dah tua jugak!..hahahaha 

One response to “>Pergi Haji tahun 2035 , makcik tak ok

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s