>Pencuri wanita di surau Jejantas

>

Salam,

Saya cuma nak kongsi cerita, 

Baru baru ini,kakak aku telah kecurian beg tangan semasa berada di dalam surau Jejantas Sungai Buloh. Menurut kakak aku, beg tangannya di pegangkan(peluk) oleh anak perempuannya yang berumur 10 tahun. Anak buah aku tu  duduk di belakang ibunya semasa ibunya sedang solat. 
Semasa kejadian,  pencuri  meminta beg tangan itu dari anak buah aku kononnya untuk menolong menjaganya. Anak buah aku  berkeras pada mulanya untuk  tidak memberi. Namun setelah di pujuk beberapa kali akhirnya dia  memberikan kepada pencuri itu. 
Menurut salah seorang pekerja di situ, kawasan tersebut selalu berlaku kecurian terutamanya di surau. Sebelum kes kakak aku , ada seorang lagi  perempuan kehilangan beg tangan pada waktu tengahari ,hari yang sama. (Kakak aku terkena pada waktu asar). Kejadian juga berlaku semasa dia sedang menunaikan solat. Paling hebat pencuri merampas beg tangan yang di letakkan di hadapan perempuan yang sedang solat itu.

Dalam kes kakak aku tu, semasa berada di surau tersebut dia perasan, ada seorang wanita sedang duduk sambil bermain telefon sebelum kejadian. Warna pakaiannya juga sama dengan  yang disebut oleh anaknya mengenai pencuri itu.
Kesimpulannya berhati hatilah dengan barangan yang anda bawa terutama beg tangan walaupun ketika di masjid dan surau.  Lagi satu, pencuri juga ada di kalangan perempuan!..

6 responses to “>Pencuri wanita di surau Jejantas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s