>Jalan Sajalah, tak payah la marah lagi..

>

Mengapa bila di jalanraya kita sangat suka marah dan suka membunyikan hon?. Pantang terlambat sedikit  di simpang, bergemalah bunyi hon sampaikan orang yang menggantung papan L pun terkena. Memang aku pernah  nampak sendiri dengan mata  aku baru baru ni kejadian membunyikan hon kepada pemandu papan L ni.
Kesian cik adik kita tu, dia tu dah la tengah belajar memandu, biasalah kalau setakat buat silap tu. Masa kejadian tu, kereta aku dalam 5,6 buah di belakang. Aku memang tak berapa gemar nak membunyikan hon ni. Kalau aku marah di jalanraya aku biasanya hanya membebel bahasa Russia dalam kereta. Sampaikan  dah sampai ke pintu rumah pun masih lagi aku membebel. Peliknya ,wife aku buat dek je….hehehe
Dulu memang aku suka gak nak bunyi bunyikan benda tu tapi bila aku terfikir  kenapa perlunya? kenapa nak marah sangat? kenapa nak cepat sangat , sakit perut sangat ke?, so tak ada reason yang mendesak. Tak perlu lah nak guna sewenang wenangnya. 
Kisahnya, aku rasa si cik adik manis tu dah termati enjin di hadapan trafik light. Dia menggelabah  agaknya nak tekan klas tu, lepas tu tengok pulak lampu merah dah bertukar hijau. So kereta kat belakang bising la dengan bunyi hon. Terlepas la satu lampu  hijau. Terpaksa la tunggu lampu hijau lagi sekali.
Kali yang kedua nasib baik lah, dia pass. Tetapi ada satu mamat dari negara mana ntah, lepas memotong kereta papan L tu dia boleh kluarkan kepala kat tingkap ,angkat tangan kat cik manis tu persis tak puas hati. 
Aiseh, itupun kau nak simpan dendam? , jalan sajalah, tak payah la marah lagi…

2 responses to “>Jalan Sajalah, tak payah la marah lagi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s