>Ku sangka oven rupanya microvave

>Aku ,Din dan Usop adalah budak baru yang datang menyewa di rumah tu. Budak dari kampung yang naif tetapi bijak..hehehe. Di rumah  itu sudah ada dua orang penyewa  asal.Mereka menawarkan rumah sewa itu di internet. Din telah memberitahu kepada Usop tentang rumah sewa itu , manakala Usop pula memberitahu kepada aku dan Mail.. Memang kami masa itu sedang mencari rumah sewa, untuk mencari kerja di bandar.

Kisahnya begini.

Pada suatu hari, aku ,Din, dan Usop pergi ke Tesco yang berhampiran rumah kami. Tujuannya adalah untuk membeli keperluan barang barang makanan untuk di masak. Semasa sedang pusing keliling Tesco ni, tiba tiba Din datang kepada aku dan mengajak aku ke satu tempat. Setelah sampai ,rupa rupanya itu ialah kawasan makanan basah.  Din tanya kat aku.

“Nak beli tak ayam ni? ayam ni dah di marinate. Balik rumah tinggal nak masak je . Lagipun rumah kita kan ada oven”.Boleh buat panggang!.


Aku pun mengangguk tanda setuju. Terfikir dalam kepala aku…ayam bakar dalam pinggan…Fuhh sedapnya..

Buat pengetahuan, di rumah tu memang ada microvave oven, bukannya oven.Penyewa yang lama tu punya. Tapi kami tak pernah pun ambik tahu cara nak guna. Sang empunya oven pun tak ada di rumah masa itu.

Ok, di pendekkan cerita kami sudah balik ke rumah. Dengan rasa tidak sabarnya, Din memasukkan ayam yang d beli tadi ke dalam pinggan, seterusnya memasukkan ke dalam microvave tu.

Kami tiga orang memang tak tahu apa apa tentang microvave. Selepas menunggu kira kira 2 minit, berbunyi la  microvave tu. Ting!..bunyinya. Kami pun bergegas ke dapur dan membuka pintu microvave. Alangkah sedihnya ayam masih belum masak. Aku pun cakap kat Din:

“Kena pusing lama lama sikit kot, cuba kau pusing sampai full“.

Din pun menerima cadangan aku tu. Kami menunggu dengan sabar.Sambil menunggu ayam tadi masak kami menonton TV.Setelah lama menunggu,akhirnya oven tu berbunyi lagi  , ting!  . Kami bergegas lagi ke dapur.Dalam kepala aku, ayam bakar! ayam bakar!..Tak tahulah apa pula dalam fikiran mereka dua orang tu.

Lagi sekali kami kecewa. Ayam masih lagi tak masak masak. Tapi panas. Usop dengan selambanya cakap kat kami berdua.


“Aku rasa oven ni dah rosak. Sebab tu panas je, tak boleh masak. Kita goreng je la. Lagipun  perut aku ni dah lapar”.

Kami akhirnya menerima cadangan Usop itu. Kami pun lapar juga. Bukan perut kau sorang je  lapar sop!. Ayam yang ingin di panggang  kononnya di oven itu, akhirnya  kami goreng dalam kuali buruk saja.

* setelah tidak lama kemudian, barulah aku tahu apa beza oven dan microvave oven…

4 responses to “>Ku sangka oven rupanya microvave

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s