>Anak sumber ilham

>Salam,selamat pagi semua,

Serius aku katakan masa mula mula aku berblog semula dulu, aku kekeringan idea. Tak tahu apa aku nak tulis kat dalam blog ni. Puas memerah otak, akhirnya aku tulis la , satu dua kali sebulan. Cuma untuk tulis update cerita kehidupan sendiri.
Namun kini semuanya berubah, kelahiran anak pertama aku si Darwisy amat signifikan kepada aku. Sejak dia lahir, banyak ilham dan idea untuk aku menulis dalam blog. Dalam satu hari boleh sampai 5 entri aku tulis. Bukanlah maksudnya entri tu aku ambik berita dalam akhbar lepas tu aku tampal dalam blog ni. Kalau aku buat juga mcam tu, aku akan ulas juga sedikit sebanyak.
Bukan sahaja idea dari segi menulis, ilham menulis lagu juga mencurah curah. Dalam kereta masa aku drive dari sungkai ke KL semalam, aku menyanyi dengan spontan sahaja lagu dari idea aku sendiri.Bukan menyanyi dengan melodi tetapi terus dengan liriknya sekali. Begitu juga semasa mendodoi anak, banyak melodi yang aku dapat.Perubahan ini hanya aku rasa setelah kelahiran Darwisy. Dulu aku boleh juga mendapat melodi lagu tetapi jarang jarang la.
Jadi aku mula terfikir, adakah ini maksudnya kelahiran anak aku ini Allah menganugerahkan aku lebih idea dan ilham.Kalau itu benar,  alhamduliilah. Aku harap nanti bila kembali ke sekolah. Banyak pula idea aku dapat untuk mengajar dengan lebih berkesan. InsyaAllah.

4 responses to “>Anak sumber ilham

  1. >insyaAllah…zuriat yg lahir tua adalah rezeki..kak cik d0akan bile darwisy besar nnti..jadi anak yg soleh..berjaya macam abahnya!!berjaya macam ibunya!!kan…(tulis dlm mnangis..tersentuh dgn entry ni…rindu darwisy…)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s