>Memberi Komen di ruang komen lagi berkesan?

>

Memberi komen di blog yang kita baru singgah di bahagian komen , atau meninggalkan jejak di ruangan jerit?.
Mana satu yang anda rasa baik dan berkesan?. Bagi saya dua dua baik dan berkesan..

Meninggalkan komen di ruangan jerit amat berkesan kerana bukan sang empunya blog saja yang tahu link anda tetapi banyak blogger lain akan jumpa jejak anda. Berkesan untuk menambahkan visitor baru.

TETAPI APA SALAHNYA DALAM MASA YANG SAMA KITA,

Meninggalkan komen di ruangan komen. Ia  adalah lebih memberi kesan yang mendalam kepada blogger terbabit. Mesti dia akan seronok jika entrinya di baca dan di fahami dengan baik oleh blogger lain. Contohnya saya sendiri, pasti saya tertunggu2 , siapalah yang akan datang memberi komen(maklumlah blogger baru). Lainlah blogger terkenal. Perkara komen ni tak ada masaalah yang besar. Beratus ratus komen dia perolehi dari entri yang dia buat.

Tapi maksud komen di sini bukanlah bermakna anda meninggalkan komen seperti begini di ruangan komen:

Jalan jalan sini beri komen…dari En Tilam…

Memang blogger tersebut akan datang balik ke blog awak,sebab dia ada sifat t’jwb.dan memang blogger adalah manusia yang terkenal dengan sifat mengenang budi (hehehe)  .tetapi adakah ia meninggalkan kesan positif  yg mendalam kepada penerima komen?.

Bagi saya, sebagai blogger baru, apa yang saya mahu ialah komen yang membina atau  komen yang berkaitan dengan tajuk post. Maknanya si pemberi komen memang membaca tulisannya. Memang saya juga tidak buat perkara ini, sebelum ini, tetapi apabila beberapa orang blogger datang dan komen di blog saya seperti blogger ini dan ini , saya rasa terharu.

Saya tidak kenal dengan dia,dia juga bukan kawan saya di alam realiti,  tetapi beberapa kali dia datang memberi komen. Saya terfikir mengapa saya tidak buat perkara yang sama?. Biarlah aktiviti mengomen ini memakan masa dan kurang produktiviti berbanding blogwalking tetapi ia lebih bermakna dan berkualiti.

Maksud saya bukanlah kita tinggalkan terus blogwalking. Blogwalking pun bagus juga, tapi selang seli la dengan memberi komen terutama di blog yang baru kita singgah. Tentu banyak kawan baru kita dapat kan?.Contohnya dalam sehari buat la sekurang2nya 5 komen di blog yang baru kita singgahi.

Bagaimana meningkatkan trafik kalau komen aje, blogwalking lagi berkesan.Lagi ramai orang masuk. Idea En Tilam , tak praktikal la.macam syok sendiri je…


Nanti dulu, 


Bukan nak tinggalkan terus blogwalking tu, itulah perlunya kita ada kemahiran membaca sepintas lalu dengn pantas.Fahami apa yang sebenarnya blogger itu mahu sampaikan. Dan selepas itu berilah  komen yang sesuai.  Harap penerima komen pun amalkan sikap yang sama.Pasti ,anda akan menerima komen yang banyak selepas ini..

Idea saya ni mungkin ramai blogger lain dah lama tahu, tapi apa salahnya saya nak kongsi kat blogger lain yang tak tahu?…

*Buat masa sekarang, saya tak mampu lakukan dengan selalu kerana kelajuan internet yang sangat lembap.,Nanti saya balik KL sya akan praktikkan dengan kerap. 

*Ini cuma pendapat seorang blogger yang sangat mentah dengan ilmu blog. Jika pendapat ini hanya picisan biarkan lah ia di bawa angin yang berlalu.

5 responses to “>Memberi Komen di ruang komen lagi berkesan?

  1. >bgus2 entry nie en tilam…baru terfikir nak buat..en tilam dah buat ek…hehe…td kata tak jumpa button komen ea?? adalah en tilam cuba lihat betul2…hehe…truskan berblogging tau en tilam….

  2. >intenet kat kg ni slow sangat..sebab tu dia loading lambat dan agaknya itu lambat jumpa cik mulat punya ruang komen..saya try cari balik. Saya nak praktik apa yang saya ckp..sikit2 lama berbukit2 hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s