>Katak mengamuk di tengah malam

>

 SUSPEN TAK TAJUKNYA?……kui kui
katak tengah meroyan….

alkisah,
Malam malam buta begini,dah lepas gantungkan kelambu untuk si Darwisy dan sambil jalan jalan BW..Tiba tiba ada katak melompat ke kelambu. Macam mengamuk je. Apa lagi menjerit la my wife tu. Biasa la orang perempuan. Dengan katak pun takut. Lain la buaya ke, naga ke, menjerit jugak aku..heheh..

Tiba tiba aku teringat pasal katak ni. Dulu di kampung aku, ramai anak anak muda mencari katak untuk di jual kepada peraih cina. Dengar kata cina di tempat aku tu suka makan. Aku tak pasti, lagipun aku kecil masa tu. Biasanya aktiviti ini di buat di waktu malam. Kampung aku adalah kampung sawah padi. Katak agak banyak la di situ.Jika musim hujan, memang akan dengar alunan nyanyian koir dari katak membelah malam yang sunyi.(tiba tiba teringat kampung).

Selain di jual , katak katak ini di cari untuk tujuan mengail ikan haruan. Ini  untuk di jadikan umpan joran ataupun di sesetengah tempat termasuk tempat aku memanggilnya sebagai menjiwang. Menjiwang tu bukanlah maksudnya menyintai seseorang tetapi aktiviti mengail ikan haruan.Tapi bukan katak puru tau yang diorang ni guna nak menjiwang. Ikan haruan tak berapa nak berselera nak makan.Siap muntah lagi..

Sambil menjelajah cari pasal katak aku pun terjumpa link di bawah. Bagus juga rupanya buat blog ni sambil sambil cari bahan kita juga dapat ilmu.

Slmt mlm….wahai pencinta katak….

3 responses to “>Katak mengamuk di tengah malam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s