>Si Merah

>

Motor berhenti. Kaki ku mula melangkah dengan sempurna dan akhirnya tiba di hadapan meja itu.Lama aku berdiri. Berdiri memerhatikan warna warna terang dan gelap yang menerpa di hadapan mata. Aku ambil dan ku masukkan ke dalam pinggan kaca itu. Merahnya  menyala nyala.Seperti api yang hangat membakar.
Seorang perempuan yang agak  berusia datang menghampiriku. Dia bertanya sesuatu. Apa yang ku mahukan. Dan aku  meminta kepadanya sesuatu untuk mengisi dahaga. Dan ia adalah amat istimewa kerana datangnya dari bukit bukit di banjaran cameron. 
Ku mula menyuap ke mulut. Berbutir butir  masuk ke dalam mulutku bersama si merah. Hmm.. enak dan berselera aku menjamahnya. Sudah lama aku tidak terjumpa hidangan istimewa begini. Fuhh! , si merah itu amat panas di mulut, lalu ku ambil air dari banjaran cameron itu dan ku hirup perlahan lahan. Lega sedikit rongga mulutku di basahinya.
Ku perhatikan si merah itu. Badannya basah dan melekat. Badannya kecil tapi tidak berkulit lagi. Dulu dia bangga bermain main di pinggir pantai. Bangga dengan bajunya yang keras dan di jadikan logo syarikat petroleum terkenal. Tetapi kini dia menjadi ratahan rakus manusia manusia yang kelaparan di waktu pagi.
Akhirnya, perut aku kekenyangan. Lantas ku ucapkan alhamdulillah kepada Allah kerana masih bernafas di pagi ini dan berpeluang menikmati si merah itu.Terima kasih juga kepada si merah kerana sudi menjadi santapan pagi ku hari ini…
nasi lemak di masak mak anjang,
di jual di waktu pagi,
kalau ada umur yang panjang,
lain hari dtg makan lagi…
LOKASI: KEDAI MAKAN BESOUT 1

One response to “>Si Merah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s