>SEGMEN CERPEN KREATIF: bloggers Malaysia tersesat di gurun!

>

TAJUK: Bloggers Malaysia tersesat di gurun!
Aku rasa seperti ada yang tidak kena.Rasa panas yang membahang dan peluh  membasahi tubuhku. Mata ku cuba buka perlahan lahan, biarpun mata ku pedih dan masih mengantuk. Ya Allah!, dimana aku berada ketika ini?. Aku bingkas bangun dari perbaringan sambil menggosokkan mata.
Ku lihat sekitar ku adalah gurun gurun yang kering kontang. Dan tempat tidurku adalah tanah.Masha Allah! di manakah ini Ya Allah?. 
Ku ketuk kepala ku ,mengharapkan yang aku sedang bermimpi ketika ini..Bingkas aku bangun  dan berlari dan meminta tolong . Suaraku memantul semula dari bukit bukit sekitarku. Berterbangan beberapa ekor helang hitam yang terkejut dengan suaraku.
Aku amat dahaga. Cuba mencari air di sekitar kawasan ini.. Panas matahari mula meninggi. Jam di tangan ku menunjukkan angka 14 am. Aku terkejut dengan angka yang sangat pelik ini. Ku buka jam itu dari tangan. Lalu berderai ia seperti pasir dan jatuh ke tanah.Aku kebingungan. Dada ku berdegup kencang.Perjalanan ku teruskan biarpun aku sudah teramat letih.
Setelah berjalan agak lama,  aku akhirnya tiba di kaki bukit. Tiba tiba, aku terdengar bunyi suara seperti suara orang bercakap yang agak sayup sayup. 
Aku cuba mengamati dari mana arah suara itu. Aku merentasi bukit itu untuk mencari suara tersebut. Aku terjumpa  sebuah tasik dan ia ia berada di dalam hutan. Airnya sangat tenang dan jernih. 
Di tepi tasik itu kelihatan ramai orang sedang berbual bual. Pakaian mereka kusut masai. Aku menghampiri mereka.  Belum sempat aku membuka mulut, seorang lelaki telah berkata kepada aku. 
“Kami semua pun macam kamu juga , bangun pagi terus ada di gurun tu”. “Nasib baik kami terjumpa tempat ini”
Aku memerhatikan lelaki itu. Rupa parasnya seperti pernah aku lihat di blog. “Err ..muka encik ni macam Ben Ashaari blogger tu”? aku bertanya . Dia menjawab:
“Ya,  memang saya Ben.Semua yang ada di sini semua blogger.”Ye ke !. Aku terkejut. “Sebenarnya semua blogger ni  masuk dalam segmen cerpen kreatif termasuklah En Tilam kan”? perkara ni masih menjadi misteri kepada kita semua.
Terkejut aku kerana En Ben tahu nama aku. “Ok lah,malam ni kita bermalam di sini dulu , lagipun hari dah petang. Esok kita ikhtiarkan cara nak keluar dari sini “ sambung En Ben lagi. Malam itu aku dan semua blogger lain  bermalam di tepi tasik sambil berbual bual tentang blog dan tips blog.

                                                               
                                                                         TAMAT

9 responses to “>SEGMEN CERPEN KREATIF: bloggers Malaysia tersesat di gurun!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s