>Darwisy dah tidur,tapi aku berjaga

>Jam di laptop menunjukkan 4.22 minit pagi.Aku berada di hadapan laptop untuk menulis entri ini. Rasa dingin dan sunyi menyelimuti pagi. Aku terpaksa bangun pagi pagi begini. Darwisy susah melelapkan matanya bila di letakkan di tilam.Terpaksa la aku meletakkan di riba sambil mengadap komputer untuk menidurkannya.

Sejak awal malam lagi dia meragam. Asyik terjaga. Mungkin tidak selesa agaknya. Silih berganti aku ,my wife dan opah mendukung, mendodoi tapi tak lama kemudian dia menangis lagi,Puas juga aku membaca ayat ayat tertentu termasuk la azan namun darwisy masih dalam keadaan yang sama.

Bukan setakat itu sahaja, kami tukarkan pakainnya,lampinnya kalau kalau dia tak selesa dengan apa yang di pakainya itu. Namun hanya dapat bertahan sehingga pukul 3 pagi. Sekarang dia sudah kembali tidur,tetapi di pangkuan ku.Nasib la sekarang cuti sekolah,kalau tak macamana abah nk g keje esok ….

10 responses to “>Darwisy dah tidur,tapi aku berjaga

  1. >sabar ye..baby mmg ada masa dia mcm tu..ckp kt isteri sabar ok..dulu saya anak menangis start kul 9pm-3am..non stop..semiggu jugaklah…lepas tu dia stop 2 hari sambung lagi nangis kul 3am-8am plak…org2 tua ckp tu penyakit dlm pantang…huhu..mau meroyan jugak rs nye ms tu sbb tgk baby non stop nangis…saba k…

  2. >azzah: haah baru lagi kalau btul2, dlu ada gk blogging tapi blogging sorang2,tulis dan baca sorang2.heheh.arissa:ye ke?.letih gak ye? ,baby saya nangis berulang2.Lepas tu tukar baju ,boleh plak nak main main lagi..

  3. >baby saya dekat sebulan mcm tu..ms dlm pantang…dgn saya2 skali menangis…hehe..mcm2 dah cuba..last2 dia stop sendiri…dugaan tu..budak2 kadang2 kita tak tau apa dia rasa or nampak..yelah baru menjenguk dunia kan…sabar jer…

  4. >arisya:kalau mcm tu cikgu baby la..hahaha. Ujang:Tunggu dan hadapilah saat itu..hehehe.ayu: darwisy semakin hari semakin nakal…nak di dakap2 kalau nak tido.Ada org kata bodynya mcm baby umur 2,3 bulan sedangkn dia baru 38 hari.Berat dah 4kg tau timbang 8 hari lepas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s