>Album Rock/metal pilihan aku dulu dulu

>

Aku dulu kiranya minat sangat dengan muzik rock ni. Sampai kan sanggup mengumpul duit hanya untuk mendapatkan album album rock/metal yang aku minat. Dah la masa tu masih bersekolah menengah, mana ada duit sangat. Dulu harga kaset dalam lingkungan RM11.90,RM13.50 naik sehingga RM 16.80.Masa tu CD masih mahal lagi dan masih tak popular. Ada juga album yang di hasilkan pada zaman yang belum keluar CD. Album pada zaman tu aku beli dah lewat la, bukan beli pada masa album tu keluar. Ni adalah album Rock/Metal  Malaysia pilihan sepanjang zaman pilihan blog yusriwahab.blogspot.
1.Metalasia 
  Khalifah Alam Maya   (1999)
Dari lagu pertama sehingga terakhir semuanya lagu metal belaka (kecuali intrumental). Goyang kepala hentak kaki sampai bergegar rumah. Bagi yang tak suka kebingitan bunyi gitar, album ni tak sesuai di dengar. Kiranya lagu lagunya di penuhi dengan solo  secara berduet king shah dan ritz dan  di ikuti pula lalakan dari  vokalis dari gitaris CD (ex sil khanaz). Aku masih simpan album cd ori ni  tau di dalam kereta sampai my wife geleng kepala bila aku pasang..hahahaa.
status album: masih dalam simpanan


2. Wings 
   Mencari asal Usul (1998)
album yang di hasilkan dalam lingkungan tahun 1998 bersama Mus (May) bagi aku adalah album wings yang terbaik. Dari track pertama sakit bantal empuk  kepala dah mula goyang. Lagu best tentulah badan belut kepada ular, bukan kerana matahari, hati sulam lain ,mencari asal usul dll lagi.
Status album:masih dalam simpanan

3. Double Trouble (1)1992
  Album ini memang di penuhi dengan lagu lagu rock yang menarik wings dan Search. 4 lagu wings dan 4 lagu Search dan dua lagu i nyanyi secara berduet.Lagu best gema di inderaloka,malam gelisah,seribu satu natijah kerana dia. Intro album ni pun best gak!..nyanyi ramai ramai pakai drum sahaja!.
Status album:masih dalam simpanan


4. Wings 
   Orang asing  1995
Ini adalah album pertama dan terakhir bersama penyanyi yang mengantikan awie iaitu Mel. Album ni agak melankolik dan penuh atmosfera kerana banyak menggunakan keyboard berbanding album2 wings yang lain. Tapi album ni penuh kelainan dan memang lari dari stail vokal awie.Lagu best: Setan mengganas,Lupakanlah (vokal joe wings) dan tentulah Semalam yang hangat (best solonya) tidak di lupa lagu popular Mimpi lena di ulit intan.
Status album: Dah hilang cadang nak beli lagi

5. As Sahar   1998/99
   Baku Karama 
Album melayu dari As sahar. Terkejut As Sahar buat lagu begini, tapi memang mantap.Cuma ada beberapa lagu , liriknya agak tak berapa baik tapi konsepnya mesra pendengar. Lagu best Tanjung Puteri(cover),baku karama dan ada satu lagu slow tu aku dah tak ingat tajuknya..cuba cari dalam youtube. Aku memang tak pernah beli album ni. Pinjam dari kawan je.
status album: Tak pernah beli,pinjam ngan kawan je(Shukri)


6. Wings
   Hukum Karma 1988
Album yang mesti dimiliki oleh setiap peminat Wings. Album kedua dari Wings yang telah menaikkan nama kumpulan ini di arena rock. Rasanya semua sudah tahu banyak lagu evergreen dalam album yang orang dengar sampai sekarang. Taman Rashidah Utama,Misteri Mimpi Syakila, orang Kita,Hukum Karma dan kesemua lagu memang syok dan angguk kepala.
Status album: Dah hilang…belum cadang nak beli


7. XPDC 
   Kita Peng YU 1994
Kita Peng Yu,Tahun 2000,Titian Perjalanan,bahalol,tak nak jadi soh chai, adalah antara lagu dalam album XPDC ini. Kiranya inilah album yang menjadi batu loncatan XPDC untuk menjadi begitu  popular masa tu. Album sebelum ni dalam album Timur Barat dan Darjah Satu masih tak dapat menengahkan kumpulan ni ke tempat tertinggi.Namun dengan album ini mereka di ibarat seperti menjadi pengambil baton dari  wings dan search.
Status: Dah Hilang: belum cadang nak beli lagi.


8. Search
 Mentari merah di ufuk timur  mybe 1987@88
Banyak lagu lagu yang hebat dalam album seperti lagu gadisku,mentari merah di ufuk timur,fantasia bulan madu. Album ini album hits search sebelum kelahiran Album Fenomena yang ada lagu Isabella tu. Gitaris utama pada masa ni ialah Hillary Ang bukan Kid lagi tau?.
Status album : Tak pernah beli pun,pinjam je.

9. XPDC
   Brutal    1997
   Mencatat jualan melebihi 200 ribu unit dan antara album terlaris pada tahun tu selain Siti Nurhaliza (album ada lagu aku cinta padamu tu). Lagu paling popular hentian perjalanan,hidup bersama. Malangnya album ini di warnai oleh masalah XPDC bersama Mael. Pada masa ni konsert XPDC banyak bersama dengan Ali ex Terra Rossa. Album ni paling hits berbanding Kita Peng Yu dan album benchmark untuk XPDC la.
Status album; Dah hilang

10.FTG
   To the Front  1998@99
Lagu faberet aku dalam album ini ialah the unwanted child. Ini adalah album permulaan untuk aku meneroka ke dalam muzik metal pula.Selepas pada album nilah aku mula mendengar langsuyr,Sil Khanaz,as sahar, Silent Death dn album album local metal/death Malaysia.

Status album: dah kena bakar kot ngan kakak aku(tahun 2001/2002  kecoh pasal black metal,-album ni plak jadi mangsa ..)


* Akan datang nak cerita pasal album death metal aku suka dulu dulu plak*tak minat?, ok, ok kalau mcam tu takpelah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s