>Di sebalik kenaikan harga minyak

>Kenaikan harga minyak,gas,diesel dan gula baru baru ini mendapat reaksi yang berbagai bagai.Ada yang menyokong tindakan ini dan pasti ada juga yang membantah keras.

Bagi yang menyokong ,bagi mereka ini adalah satu tindakan rasional kerajaan. Ia adalah  untuk berbelanja kepada banyak perkara lain yang boleh membangunkan ekonomi dan pertumbuhan negara. Tindakan memotong sedikit dari subsidi ini adalah untuk diagihkan kepada perancangan kerajaan yang lain seperti NKRA dan transformasi ekonomi. Jumlah keseluruhan penjimatan kerajaan dari kenaikan harga barang barang ini ialah sejumlah RM 126 juta.
Namun pihak yang tidak bersetuju pula beranggapan sebaliknya. Mereka kesal kerana pada masa yang sama kerajaan sanggup pula berbelanja RM 131 juta kepada perunding perunding asing dan RM 64 juta kepada PEMANDU. Ada pendapat yang mengatakan sebenarnya kerajaan boleh mengurangkan perbelanjaan sebanyak RM 1.12 billion ringgit setahun jika mereka mengurangkan subsidi kepada pihak IPP. Jika ini di buat , kerajaan boleh menafikan kenaikan harga barangan tadi.
Walau apa pun,  samada kita menyokong atau membantah tindakan kerajaan ini , satu perkara yang mesti kita ingat ialah nasib golongan  berpendapatan rendah samada di bandar, kampung mahupun pedalaman.Mereka inilah golongan yang akan merasa terbeban dengan kenaikan 4 barangan ini. 
Bagi mereka yang berpendapatan tinggi dan sederhana pula tidaklah terasa sangat pun perbelanjaan mereka bertambah. Kenaikan ini hanya jumlah yang kecil berbanding pendapatan yang mereka perolehi. Ia masih boleh di serap dengan cara berjimat.
Kenaikan Harga Barang Lain

Sedikit sebanyak kenaikan  barang ini akan menyebabkan rantaian kenaikan harga barang yang lain pula. Maaf la, kalau kita hanya setakat menunding jari kepada peniaga sedangkan pada masa sama penguatkuasaan tidak berjaya membendung kenaikan harga barang. 
Memanglah boleh kita nak maki hamun , nak terajang kepada peniaga yang bangsat tu,  tapi hakikatnya dunia ini memang tak adil untuk pengguna seperti kita. Mereka lagi berkuasa sebenarnya. Kalau tak percaya tengok la dalam 2,3 minggu ni akan ada barang yang akan naik. Paling bodoh tentulah teh tarik kedai Mamak tu.
* Nak tunggu juga bila golongan berpendapatan rendah akan di naikkan gaji mereka. Bukan apa, ada di kalangan mereka tu adik beradik dan saudara mara aku juga.Kesian lah , duit belanja makin meningkat gaji tahunan naik sikit aje. Anak pulak banyak bersekolah..nak korek mana lagi? korek pasir? 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s