>Ketuanan Melayu, tapi orang Melayu ramai jadi kuli…

>Dalam dunia politik Malaysia ni ramai orang mengaku menjadi pembela bangsa, menjadi pembela rakyat. Bila pilihanraya muka ada senyum dan nampak ramah. Bila dah habis pilihanraya entah hilang ke mana. Sidang parlimen dan DUN bukan di adakan setiap hari. Beberapa sidang saja setahun. Yang lebih tu?.. Mai la tengok orang bawah bawah ni yang dah mengundi awak tu.

Ada juga yang berkata mereka menjadi pembela ketuanan Melayu. Tapi bila kita perhati sekeliling kita ramai orang Melayu jadi kuli. Hak orang Melayu tetap hak orang Melayu, tapi kekayaan masih lagi di miliki oleh orang lain.

Bila agaknya mereka nak bagi peluang orang Melayu ni peluang sekurang kurangnya memiliki kedai di tengah tengah bandar besar. Orang Melayu memang tak mampu, tapi kita kan ada pembela ketuanan Melayu…tolonglah datuk, bagi subsidi atau buat kouta..kedai kedai di bandar mesti ada kouta untuk Melayu. Fikirkan la caranya,Kan semua pandai pandai?. Ada yang peguam,doktor,kontraktor semua kan pembela ketuanan Melayu.

PS: Aku sayang dengan bangsa ,agama dan negara aku. Tapi aku benci dengan mereka yang berpura pura dan mengambil peluang kekayaan untuk diri mereka sahaja….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s