>Dr Haron Din Tokoh Maal Hijrah Selangor?

>Tadi semasa tengah menggodek google reader saya ada terbaca posting ini di blog MSO baca. Ia tentang penganugerahan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor yang telah di anugerahkan kepada Dato Dr Haron Din yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS. 





Pemilihannya tepat, menurut MSO  selain dari seorang ahli politik beliau juga terkenal dengan perubatan Islam (Darul Syifa) ,telah  menerbitkan tafsir penuh Al Quran,membukukan perubatan Islam,selain pernah juga berbakti sebagai seorang pensyarah Universiti pada satu ketika dulu. Biarpun beliau seorang tokoh pembangkang (tak salah pun)tapi peranan beliau cukup besar dalam dakwah Islamiah.


Apapun tahniah kepada Dato yang akan di anugerahkan gelaran itu pada hari selasa minggu hadapan sempena Maal Hijrah. 

Leave a comment

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑