>Aku dan blog

>Rupa rupanya ini adalah tahun ke 4 aku berblog sejak 2006. Dan selama 4 tahun itu aku tidak seserius mana dengan blog ni kerana masa itu tidak ada broadband dan  hanya mengharapkan komputer pejabat. Bila time OT barulah aku nak updated walaupun jarang di update. Dan blog itu aku dah tak guna lagi. Simpan sebagai khazanah peribadi.

Kemudian aku berblog lagi tanpa memikirkan dan mencari di mana kekurangan blog aku. Kerana aku berblog hanya untuk suka suka. Kemudian sekitar tahun 2008 aku beralih pula kepada wordpresss dan lahir blog yang di namakan duniacikgu.wordpress.com

Di sini aku berblog tidak selalu juga.Apabila ada masa terluang atau ada mood. Dalam blog ini apa yang aku perasaan tips panduan KPLI dan isu pendidikan adalah penyumbang trafik paling tinggi untuk blog inilah. Tapi malangnya blog itu juga tidak mempunyai pengikut yang ramai. Tapi kiranya seronok juga aku tengok blog aku di baca pembaca untuk faedah dan kebaikan mereka.

Memikirkan wordpress ini amat kedekut  kerana tidak membenarkan coding javascript atau html di letakkan di dalamnya selagi masih percuma. Aku fikirkan untuk apa aku untuk membeli domain, seandainya apa yang aku tulis lebih kepada syok sendiri dan tak ada pembaca sangat.

Aku memikirkan juga untuk membuat blog yang lebih general dan ada interaksi dengan blogger lain. Ini penting sebagai punca mendapatkan trafik. Dalam wordpress free mana boleh letak shoutbox kan?…betulkan kalau aku salah. Jadi tak adalah blogger dan pembaca boleh berinteraksi dengan aku..

Kenapa aku nak berblog juga sedangkan aku dah tua. Kan ramai blogger muda muda awal 20 an , sedangkan aku dah 30 an?. Apa ke heinya?. Ha, sebenarnya selain dari menulis untuk mendapat duit walaupn x ada dpt lagi(seikhlas2nya) aku juga nak menulis ini supaya kisah yang aku tulis ini dapat aku baca lagi untuk 20 tahun akan datang masa tu aku dah umur 50. Takkan aku nak tulis dalam diari plak kan?. Tak rajin dan rasa geli untuk seorang lelaki seperti aku. Itu aja. Matlamat aku jelas. Matlamat jangka panjang. Mesti seronok dapat baca balik blog yang kita tulis pada usia muda dengan kisah kisah peribadi dan umum  di bacakan kepada anak anak  dan cucu.Mesti nostalgik kan?

Itu aje lah kisah aku dan blog. Kalau rajin singgah singgah la ke blog duniacikgu. Kat sini blog lebih berbentuk separa ilmiah. ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s