>Menu Halal Mendapat Bantahan di Perancis

>Kisah ini berlaku di Perancis baru baru ini. Ini mengenai tindakan sebuah restoran makanan segera (Quick) di bandar Roubaix utara Perancis yang  menghidangkan menu halal. Ia  telah mendatangkan kemarahan kepada sebahagian penduduknya. Quick pula  pada masa yang sama telah menghentikan terus menu tidak halal di restoran mereka. Sebenarnya tindakan Quick ini adalah bertujuan untuk menguji pasaran baru iaitu segmen halal yang telah mendatangkan keuntungan dan sambutan menggalakkan.

Apa yang kau tulis ni? aku tak faham France la..

Apa yang terjadi?..

Perubahan ini rupanya  mencetuskan kemarahan sebilangan masyarakat bukan Islam yang  mengatakan ia satu bentuk diskriminasi kepada mereka. Dan kemarahan  ini juga  melibatkan banyak pemimpin kerajaan.

Datuk Bandar Roubaix yang juga tidak bersetuju dengan tindakan Quick ini telah berkempen  untuk memboikot  Quick. Sementara Majlis Perbandaran Roubaix  pula  membawa perkara ini ke Mahkamah wilayah Lille di Perancis.

Kenapa mereka marah sangat?

Mereka marah kerana menggangap tindakan Quick itu keterlaluan kerana hanya menyajikan menu halal. Mereka sebenarnya  tidak kisah jika menu halal di sajikan bersama menu tidak halal.

Nak tahu apa makanan halal  yang di sajikan Quick itu?.

= Hamburger  bersama ayam turki salai  yang menggantikan daging babi salai

Info:
:1.  Perancis ialah negara Eropah yang mempunyai penduduk Islam teramai iaitu sejumlah 5 juta orang.
2. Parlimen Perancis baru baru ini membuat undang undang tidak membenarkan pemakaian hijab oleh wanita Islam

Sumber berita: BBC News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s