>Ibu berpantang di Hotel?

>Pernah tak dengar atau baca tentang Confinement Hotel ( Hotel Pantang) atau dalam maksud yang tepat hotel untuk berpantang. Hotel sebegini hanya terdapat di  Taiwan dan terkini telah sampai di Beijing dan Shanghai China. 

gambar hak milik cnngo.com 





Hotel ini ialah tempat untuk ibu yang memilih untuk berpantang selepas melahirkan anak. Semasa berada di Confinent Hotel, bayi dan ibu di jaga oleh staff termasuklah doktor dan jururawat yang profesional dan terlatih. Perkhidmatan bermula selepas kelahiran sehingga tempoh yang di mahukan pelanggan. Apa yang penting duit sahaja. Biasanya bagi masyarakat cina Taiwan tempoh berpantang selama dua bulan. 

gambar hak milik cnngo.com





Semasa di hotel ini selain tempat tinggal dan juga pengasuh, latihan berasaskan kemahiran di ajar kepada  ibu sebagai persiapan menjaga bayi di rumah kelak. Semasa di sini ,  ibu juga tak perlu  bangun pada waktu tengah malam kerana bayi menangis mahu menyusu atau mahu menukar lampin. Serahkan sahaja kepada pengasuh atau jururawat yang bersedia berkhidmat 24 jam. 

baby dalam kelas renang





Bayaran untuk hotel ini  ialah NT 5,000 atau bersamaan US $165 sehari.  Bayaran ini  meliputi tempat  tinggal, makanan (meliputi masakan herba cina/sup), penjagaan ibu dan bayi, pemeriksaan kesihatan yang di buat setiap hari . Kelas renang atau water confidence juga di ajar kepada bayi. Terdapat juga  pakar pediatrik dan pakar kesihatan tradisional cina yang akan menjaga ibu dan bayi dengan sebaik baiknya. 


Info lain:  


1. Selain kemudahan di atas, Confinement hotel juga menyediakan kolam renang, gym, jacusi spa dan lounge untuk hiburan keluarga  dan rakan yang datang melawat. 


2. Confinement hotel ini bekerjasama dengan hospital untuk menyediakan pakar pakar dalam bidang penjagaan kesihatan


3. Antara Confinement yang terkenal ialah  Yono . 


sumber : http://www.cnngo.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s