>Persepsi UMNO dan PAS

>AMARAN: Entri ini separa ilmiah. Tidak sesuai di baca oleh orang yang benci politik. Pendapat penulis tidak mewakili kepentingan mana mana parti. Jangan baca jika anda tidak suka politik. 

Parti PAS dan UMNO adalah 2 parti Melayu yang berpengaruh. Kedua duanya ada kelebihan dan kekurangan. Sebahagian orang Melayu memilih untuk menyokong UMNO dan sebahagian lagi memilih PAS. Namun,lebih ramai yang memilih UMNO , buktinya UMNO adalah parti tunjang dalam BN yang paling banyak kerusi dalam parlimen.

Saya bukan nak mewakili atau memihak mana mana parti. Cuma dari segi pemimpin atau manusia yang berada di dalam kedua parti ini amat berbeza latar belakang. Parti UMNO di lihat mewakili hampir kesemua wajah wajah manusia. Ada doktor,ada peguam,kontraktor,orang kampung ,belia dan wanita dari pelbagai profesion.Termasuklah juga ulama. Begitu juga dengan  PAS yang  memiliki ahli dan pemimpin dari pelbagai latar belakang dan profesion.

Dari segi ini perbezaan yang ketara antara kedua parti ialah pemimpin dari kalangan ulama atau orang berlatar belakang agama. Di dalam UMNO , payah kita untuk melihat pemimpin tertinggi dari kalangan UMNO berlatar bidang agama. Walaupun dalam UMNO ramai juga ahli dari kalangan ustaz dan ulama di dalam parti ini. Tetapi, siapakah yang memegang tampuk kepimpinan?.Siapa ketua pemuda? siapa ketua wanita,siapa naib,timbalan dan  presiden? kesemuanya hanya berlatarkan profesion profesional.

Menteri kabinet yang mewakili UMNO seperti Dr Jamil Baharum hanyalah di rekrut untuk menjadi ahli UMNO selepas di beri jawatan menteri. Begitu juga Dr Mashitah Ibrahim, hanya hadir di dalam UMNO setelah secara tiba tiba di beri peluang bertanding dalam pilihanraya. Namun mereka bukan berada di kelompok atasan parti. Tidak berperanan besar untuk menentukan dasar parti. Setakat ini hanya bekas menteri besar Terengganu iaitu Dato Wan Mokhtar Ahmad yang telah berpeluang naik sehingga ke jawatan naib presiden. Tetapi imej dan perwatakannya tidaklah menggambarkan imej agama. Begitu juga dengan Dato Abdullah Ahmad Badawi bekas PM, tetapi imej dan perwatakannya tidak menonjol sebagai golongan ulama.

Adakah imej itu penting sangat?. Jawapan pada saya ialah ya!. Kerana parti politik dan orang politik adalah terbentuk dari persepsi.Persepsi terbentuk dari imej.  Kepercayaan terbentuk dari persepsi. Jika persepsi terbentuk dengan baik maka masyarakat akan menyokong biarpun tidak semestinya  persepsi itu  benar sebenar benarnya. Persepsi masyarakat terhadap alim ulam adalah lebih baik berbanding persepsi terhadap golongan lain.

Baru baru ini, bekas menteri Dato Abdullah Mat Zain juga seorang ulama dalam UMNO meminta supaya golongan ulama dalam UMNO di beri peranan sewajarnya dalam UMNO. Bukan hanya terhad di dalam biro agama UMNO. Maksud Dato itu ialah berilah kepercayaan untuk menjadi pemimpin utama atau memegang jawatan menteri kanan.Supaya parti ini dapat menarik golongan ulama supaya terus berjuang di dalam UMNO. Juga, dapat menarik golongan agama di luar UMNO supaya menyertai UMNO. Ini kerana selama ini , golongan ulama lebih suka menyertai PAS.


Mari kita lihat PAS pula. Presiden (Tuan Guru Dato Abd Hadi Awang,Timbalan Presiden (us Nasharuddin-profesional dan agama),Naib Presiden (Tuan Ibrahim Tuan Man) , Mursyidul am (Tuan Guru NIk Aziz), Timbalan Mursyidul (Dato Dr Haron Din) dan  Ketua Muslimah adalah ulama. Adakah ini bermakna Parti UMNO tidak Islam dan PAS adalah Islam. Tidak semestinya.

 Kedua duanya adalah parti Islam. Cuma pendekatan sahaja yang berbeza. Paling penting persepsi masyarakat kepada PAS ialah lebih mempercayai mereka kerana berprinsip berpolitik untuk agama dan mendapat ganjaran pahala. Dan PAS juga meletakkan Al Quran sebagai perlembagaan parti mereka.Lebih Islam kah mereka?, ya! kerana meletakkan Al Quran sebagai perlembagaan. Ini adalah persepsi saya. Persepsi anda bagaimana?.

Terpulang kepada pilihan masing masing. Ini adalah asas politik yang perlu kita faham. Kita bebas menganut ideologi politik selagi ia tidak mengancam keselamatan negara. Berpolitik bukan kerana memikirkan habuan yang di perolehi. Berpolitik untuk agama,masyarakat dan negara. Biar mana parti yang kita pilih, sayang kepada negara mesti di tanam. Paling penting meletakkan asas kebenaran tanpa mengira parti. Bila menjadi ahli parti , sumbangkan sesuatu yang bernilai dan bermakna kepada masyarakat. Bukan untuk menghancurkan masyarakat, bukan memecah belah masyarakat. Kita boleh berbeza pendapat.Tetapi berpadu semula pada masa dan tempat yang sesuai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s