>Ragam anak

>Hari ni hari ke 26.  Firdaus a.k.a Darwisy semakin membesar. Ramai juga yang kata badannya  sudah seperti bayi berumur 3 bulan.Matanya pun sudah pandai meliar ke tempat lain. Dan yang paling menerujakan aku ialah pada umurnya 7 hari firdaus sudah pandai mengiringkan badannya.

umur firdaus a.k.a darwisy 12 hari



Rupa rupanya baru aku tahu  bayi lelaki ni kuat menyusu berbanding bayi perempuan. Dalam keluarga isteri aku, Firdaus ialah cucu lelaki yang pertama dari 5 orang cucu dan juga lelaki kedua dalam keluarga selepas paksunya.Jadi pengalaman tentang bayi lelaki dalam famili ni sedikit.Ini membuatkan ragam firdaus membuat mereka seronok. Ragam yang biasa tentang Firdaus ialah dia berjaya  mengencingkan nenek dan ibunya semasa menukar lampin..(:


Hari ini, firdaus tidak banyak meragam. Cuma yang melucukan kami sekeluarga dia sangat marah jika kena air terutamanya semasa di mandikan. Sejak lahir sehingga sekarang dia juga akan menangis kalau lampinnya lambat di pakaikan selepas di tukar.  Bila bajunya dan pakaiannya di bukak pun dia akan menangis. Apatah lagi kalau lambat di susukan…walaupun puting susu sudah di mulutnya tapi dia tetap akan memberontak juga. 


Minggu depan firdaus akan kena cucuk.Genap sebulan kelahirannya di dunia…

Info semua sudah tahu: Tangisan ialah isyarat komunikasi yang di beri oleh bayi untuk meminta sesuatu atau menghadapi sesuatu yang tidak di sukai atau yang  mengganggunya. 

2 responses to “>Ragam anak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s