>Kisah Hari Jumaat

>Hari ini hari jumaat. Sudah masuk minggu yang kedua aku berada di Kampung mertua. Menghabiskan masa cuti dan menemani isteri yang sedang berpantang. Alhamdulillah anak aku tidak menangis malam lagi buat pertama kalinya malam tadi. 


Namanya sudah di tukar. Bukan nama di tukar di dalam sijil lahir tetapi hanya panggilan sahaja.Ini adalah nasihat dari pakcik yang mengubat dan menawar anak aku tu. Maklumla asyik menangis. Mungkin nama tidak serasi pada sang empunya tubuh. Firdaus adalah nama yang di panggil pada ketika ini. 




Tapi biasalah bayi akan bangun malam 2, 3 kali juga untuk menyusu.Setelah tidur selepas subuh,hari ini aku bangun hanya pada jam 11 pagi.. Itupun kerana isteri meminta menjaga anak sementara dia ke tandas. Bila anak aku terjaga dari tidur aku di beri tugas oleh isteri untuk menidurkannya. Banyak lah lagu lagu dodoi yang aku nyanyi dan sebahagiannya aku reka sendiri. Ibarat M.Nasir gamaknya aku.hehehe.


Tengahari pergi ke masjid untuk bersembahyang jumaat sudah agak lewat.Namun masih berpeluang mendengar khutbah. Aku cuba menumpukan perhatian kepada topik khutbah hari ini. Tajuk khutbah hari ini ialah tentang intergriti dalam pekerjaan kita. Maksudnya ialah apakah kita telah melaksanakan pekerjaan kita dengan sebaik mungkin serta tidak pecah amanah?. Oh rupanya ia ada kaitan dengan Bulan november ini sebagai bulan intergriti Negara. 

Semasa aku mendengar khutbah itu, fikiran aku melayang juga tentang apakah kita tidak boleh untuk menyalin nota ringkas khutbah?. Cuba fikirkan, khutbah ialah juga satu pelajaran. Dan ia adalah ilmu. Semasa di dalam masjid kita boleh menyalin dalam kertas atau nota. Sekurang kurangnya ilmu percuma ini kita tidak persia siakan begitu sahaja. Maklumlah sebahagian makmum tidak mendengar khutbah  dengan teliti dan khusyuk  termasuk la aku sendiri.Aku nak juga buat cara macam itu. Tapi malu pula menguasai diri. Hmm… malu ni pun satu masaalah dalam usaha kita menuntut ilmu.



PS; Dulu masa di kampung, orang kampung aku selalu datang ke masjid mendengar ustaz membaca kitab. Tapi mereka datang hanya mendengar.Tak ada plak yang membawa buku nota dan pen. Bilakah budaya stail lama ni boleh kita ubah ye?..

4 responses to “>Kisah Hari Jumaat

  1. >nora ye ke? terima kasih…takpe just buah fikiran saya. Tapi tak salah juga kalau kita menyalin nota ringkas semasa dengar khutbah atau di majlis ilmu.Cuma kebiasaan tu tak ada lagi. Kalau kita buat skrg org anggap kita poyo. Tapi mcm tu la pandangan org yang sukar menerima sesuatu perkara baru yg baik..EDy: InshaAllah…

  2. >Ini adalah pertama kalinya saya saya kunjungi di sini. Saya menemukan banyak hal menarik di blog Anda terutama pembahasannya. Dari ton komentar pada artikel Anda, saya kira saya bukan satu-satunya memiliki semua kenikmatan di sini! terus bekerja dengan baik..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s