>Kisah Seram

>(gambar entiti tidak di sertakan kerana penulis takut nak letak..:)


Jarak perjalanan untuk keluar dari Felda Kampung Besaot adalah 22 km. Di kiri dan kanan jalan sepanjang 22 km itu di hiasi dengan pemandangan  pokok kelapa sawit. Dalam 20 minit perjalanan kita boleh sampai ke jalan utama iaitu jalan persekutuan Slim River-Ipoh.


Keadaan jalan  tidak sesibuk mana,apatah lagi di malam hari. Aku pernah melalui jalan ini beberapa kali pada waktu malam. 
Paling terbaru ialah sebelum menjelang hari raya aidiladha lepas. Pada masa itu aku dalam perjalanan pulang ke kl. 
Isteri aku tidak balik bersama kerana masih berpantang di kampung.




Malam itu aku keluar dari rumah sekitar jam 8 malam. Keadaan di luar sedang hujan renyai renyai selepas hujan lebat pada waktu petang. Aku memandu dengan tenang dan perlahan kerana khuatir keadaaan jalan yang agak licin. Setelah melepasi simpang ke sungkai,  kenderaan mulai kurang kerana jalan di sini memang jarang di gunakan. Ramai yang menggunakan jalan ke sungkai berbanding jalan ini. Ini kerana kebanyakkan masyarakat di sini lebih gemar ke sungkai kerana jarak yang lebih dekat berbanding jalan ke slim river ini.


Aku terpaksa juga melalui jalan ini kerana ingin pulang ke kl. Ada juga sedikit perasaan gusar dan bimbang dan takut pada mulanya di rumah tapi selepas berada di dalam kereta aku tidak terfikir apa apa. Memang sebelum ini, memang biasa aku dengar adik iparku mengatakan jalan selepas simpang ke sungkai itu keras. Aku hanya mendengar sahaja tanpa memikirkan sangat.


Sepanjang perjalanan, aku memasang ayat alquran dari MP3 handphone. Sebagai pendinding diri. Selepas melepasi simpang sungkai tadi , dan ayat alquran dalam MP3 aku tadi berhenti…tiba tiba aku rasakan sesuatu yang pelik. Bulu roma rasa naik, rasa rasa sejuk di telinga. Agak pelik aku merasakannnya..


Apa lagi…aku pecut kereta aku selaju lajunya sambil di mulut membaca surah an nas dan surah al kafirun. Aku plak tak berani  memandang belakang( pengaruh cerita jangan pandang belakang) dan tepi..Aku hanya memandang ke depan sahaja. Peluh mula menitik di dahi walau pun aircond kereta aku sejuk..


Itulah kisah seram aku, walaupun bagi korang tak seseram mana kan? hehehe…Tapi kalau korang berada di tempat aku, tiba tiba badan rasa seram sejuk, lepas tu berada pula  di tengah jalan yang sunyi dan gelap di tambah lagi dengan di kelilingi  oleh pokok kelapa sawit yang tinggi tinggi…hebat sangat la kalau tak takut!..hehehe.


PS: Iblis dan Syaitan kerjanya untuk menggangu dan menyesatkan manusia. Sebagai  seorang  muslim kita ada benteng yang kukuh iaitu Al quran untuk menentang gangguan ini. Gunakan dan belajar untuk kegunaan kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s