>Bahasa terbalik orang Melayu

>Memang kebiasaan orang melayu kita menyebut “ala bucuk bucuk”  kepada anak anak kecil atau baby . Walaupun baby tu tak la busuk seperti yang di sebut oleh si penutur itu. Itu kiranya bahasa terbalik atau berlawanan dengan apa  yang di sebutkan itu. Itulah kayanya lenggok bahasa orang Melayu yang tak ada pada bahasa bangsa bangsa lain di dunia ni. Orang Inggeris contohnya mereka berbahasa ‘direct to point’ atau terus ke maksud sebenar. 


Ok, aku baru baru ni ada terdengar  satu cerita berkaitan bahasa terbalik ni. Cerita ni agak lucu tapi benar. Cerita tentang anak jiran aku. Anak jiran aku ni berumur lingkungan 3 tahun dan agak banyak mulut juga. Mak dia selalu mencium dia dan selalu menyebut ala bucuknya anak mak, ala huduhnya anak mak!.

Anak jiran aku ni memang tak faham bahasa terbalik ni. Dan dia pun dah faham maksud bucuk dengan huduh tu. So di pendekkan cerita,  dia mengadu dengan mak saudaranya yang rapat dengannya. Dia bertanya, “makcik,  Intan ni busuk sangat ke , huduh sangat ke? , mak selalu cakap macam tu kat Intan”. Mak sedaranya pun tersenyum dengan soalan tu..dan menerangkan maksud sebenar ayat tu kat anak buah dia ni..tapi tak pasti la di faham ke tidak penerangan mak sedara dia tu?. .


PS:  Aku selalu cakap dengan baby akuala comelnya!, ala wanginya anak abah!”   tapi my wife kata tak boleh. Dia kata kena cakap terbalik…Hmm ye ke? pantang larang orang melayu ke?

3 responses to “>Bahasa terbalik orang Melayu

  1. >Noi: tu la pasal…aku dah tanya..tapi yana ckp memang biasa orang tak sebut wangi…mesti nak sebut busuk..nora: tu la memang lucu budak tu…dia tak faham apa maksud mak dia tu..kesian kesan psikologi nanti tu..hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s