>Syabas Ikhlas Membantu tapi?…….

>

 Perumpamaan ceritanya begini,…

Pihak PIBG Sekolah telah memberi peruntukan duit sebanyak RM 3 ribu sebulan untuk menyediakan sarapan percuma kepada setiap murid  berstatus  anak yatim kepada pihak kantin sekolah.

Pihak kantin  selepas itu pula  menganjurkan program  memulangkan peruntukan secara sukarela oleh anak yatim  itu. Ini kononnya sebagai  peruntukan makan waktu rehat kepada murid miskin. Sumbangan ini adalah  atas nama sumbangan bakti kantin sekolah .


Jika anak yatim tadi ingin berbuat demikian, mereka boleh membayar sarapan percuma  tadi dengan harga RM1  iaitu harga makanan percuma kepada setiap murid tadi.

Pihak PIBG merasa marah dengan tindakan pihak kantin itu. Bagi mereka sepatutnya yang berhak meminta atau menganjurkan program itu adalah PIBG kerana peruntukan yang di pulangkan itu adalah dari pihak PIBG.  

Jika pihak kantin berbuat demikian mereka telah mendapat 2 kali bayaran RM 1. Ini kerana bayaran dari  PIBG tadi adalah  tetap untuk setiap bulan. Pihak PIBG berpendapat jika pihak kantin betul betul ikhlas membantu murid miskin tadi sepatutnya mereka mengeluarkan duit mereka sendiri.

Akhihrnya, pihak kantin telah mendapat nama atas keprihatinan mereka daripada  pihak ibubapa yang tak ambik tahu pasal PIBG  dan masyarakat luar sekolah. 

Itulah perumpamaan cerita di atas dengan kisah sebenar Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor)  yang  telah menganjurkan program  sumbangan bakti dari orang ramai  melalui program menolak subsidi air. Ia adalah untuk membantu orang miskin yang tidak mampu mendapat air bersih dan tak mampu membayar tunggakan air.

 Program itu baik, tapi kaedah yang di gunakan sebenarnya telah mengeksploitasi  program subsidi air yang sebenarnya datang dari pihak kerajaan negeri. Syabas  telah mendapat 2 kali bayaran. Pertama , melalui bayaran kerajaan sebanyak 11 juta sebulan  yang  tetap.Kedua , melalui duit orang ramai yang membayar duit bil mereka walaupun telah di beri subsidi.
  
So..adakah Syabas ikhlas membantu ? Fikir fikir…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s