>Murid Pedalaman Pun boleh 5A!

>Murid murid yang aku tinggalkan di Sarawak beberapa bulan yang lalu telah mendapat 5A,3 A,2A dan 1 A dalam UPSR. Alhamdulillah. Walaupun aku tak mengajar mereka semasa di Tahun 6 , tetapi jejak telah aku letak semasa mereka di tahun 5.

Pencapaian yang mereka dapat tu tidaklah boleh nak di banggakan sangat jika hendak di bandingkan di sini , di Kuala Lumpur ni. Apalah sangat ,berlambaklah yang dapat 5A lagilah 3A,2A tu lagi banyak bersepah sepah. Tapi, di pedalaman, bukan sesuatu yang mudah dan senang untuk mendapat keputusan yang baik. Ada sesetengah sekolah di pedalaman ni mendapat 0 peratus. Maksudnya semua gagal!. 
lagi 2 tahun mereka ni ambik UPSR…
Apapun tahniah , kepada bekas anak murid ku dan cikgu yang telah mendidik mereka dengan baik di sana. Walaupun aku dapat tahu ramai juga yang gagal. Tapi, cikgu dah berusaha sebaik mungkin, termasuklah seorang ustaz ni yang sanggup buat tuisyen free tiap2 malam ajar matematik. Walaupun dia tak mengajar subjek tu. 
Sebenarnya aku rindu dengan mereka, anak anak murid ku ini. Terasa dekat je perasaan aku kepada mereka. Biarpun mereka tak tahu. Mungkin itu yang di namakan manisnya posting pertama, teringat sampai ke hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s