>Isteri tak ada kita terpinga pinga..

>

duduk kat Sarawak last year…masa bujang dulu..
sekarang ni dah jadi bapak budak..


Rumah bersepah.Baju berlonggok. Pinggan mangkuk bertimbun dalam sinki.Pukul 3 pagi tadi aku basuh pinggan. Ha?! 3 pagi?.hmm..tak boleh tido la. 

Petang tu tido lama sangat sampai malam. Letih pergi kursus P.Jasmani dan Rohani ..Hari ni pun letih lagi. Badan pun sakit sakit. Terkejut kena lari,kena melompat..main mcam 2. Kita main dulu nanti guna utk ajar kat budak. Esok ada tinggal 1 hari kursus. Maklumla  gomen nak buat kurikulum baru. Tak tau?. Ha nak bagi tau la ni.

Mulai Tahun 1, tahun depan dah tak ada tau KBSR tu.Buku lama dah boleh buang.  Dah tukar.Nama baru KSSR  kependekan untuk  Kurikulum standard Sek Rendah.
Penangan tak ada isteri.. malam ni makan kat luar. Walaupun masa ada wife kat rumah aku gak yang masak. Maklumla aku kan rajin..hahaha.

 Nasi kukus ayam dara order sepinggan. Nak tanya sikit, Kompom ke ayam tu dara lagi masa d masak tu? . Aduh perut lapar tapi order lambat.Tekulat kulat. 

Nasib baik ayam dia beso. Nasi abis dulu dari ayam. Biasanya ayam habis dulu.Nasi banyak lagi.

Malam ni harapnya  dapatla aku tido awal. Esok nak gi Selayang awal sikit. Esok hari last kursus. Tapi tadi aku dah terminum kopi secawan mau 3 pagi la hari ni aku tido.

Esok bangun pagi ngantuk..menguap nguap ..round depan bilik air 3 kali..

5 responses to “>Isteri tak ada kita terpinga pinga..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s