>Kisah biasa di rumah mertua

>

Ni hasil kajian (pengalaman sikit2🙂  dan jugak cerita kengkawan. Kisah biasa di rumah mertua. Biasanya ia hanya  melibatkan anak menantu baru dan tak ada anak lagi.



Tak tahu memasak

Ini kisah tentang  anak menantu perempuan. Sampai kat rumah mertua je  terus berdoa dalam hati jangan la mak mertua aku suruh aku masak apa apa yang pelik. Nak kata tak pandai malu, tapi kalau tak cakap tak pandai nanti kita memandai mandai  ..gulai jadi masak lemak. Sup jadi masak air. Baru tau!.




Isu aurat


Anak menantu perempuan yang kuat menjaga auratnya biasanya rasa tak selesa masa di rumah mentua. Rasa rimas nak pakai tudung 24 jam (kecuali di bilik) ye la, rumah mertua ada ipar  yang dah dewasa. Segan rasanya nak bukak tudung lagi la kalau ada biras yang kebetulan bercuti kat rumah mertua dah tentu la berdosa kan menunjukkan aurat?.


Kalau menantu lelaki plak ada sebahagiannya segan bila nak mandi tak pakai baju ke bilik mandi dan tak tergamak pakai seluar pendek masa di rumah. Tapi tak semua la. Ada jugak yang tak kisah pun. 

Takut jadi imam

Takut takut bapak mertua suruh jadi imam. Kalau melibatkan diri aku tak ada plak. Nasib baik.Heheh. Tapi masa mula mula jadi menantu hari tu risau gak kalau kalau di suruh. Bukan lah tak boleh jadi imam cuma tak yakin bila nak jadi imam dengan bapa mertua ni. Betul tak?.heheh

Terkulat kulat di kenduri kendara kampung mertua.

Bapak mertua suruh kita jadi wakil dia ke kenduri rumah jiran sekampung (bapak mertua  ada kenduri lain@balik kampong ada hal penting).  Masa ni kita pergi ke kenduri tu pun rasa terkulat kulat jer. Lagi la kalau kenduri doa selamat ker,kenduri cukur rambut ker. Kalau kenduri kahwin senang sikit la. Makan .Salam. Balik jer.

Nak berbual dan tegur orang  pulak tak ada modal nak bersembang. Harap kan orang lain kenal kita la kot,  kotla  dia tegur kita . Kalau kalau  ada anak sedara  isteri bolehlah juga kita suruh dia temankan kita.

Tak tahu nak buat apa

Nak baring baring dah letih. Nak pusing pusing kampong plak tak ada transport.  Adik ipar dah bawak motor  gi jalan. Nak naik kereta leceh la jalan sempit.

Tak ada kawan.

Nak lepak lepak  kat kedai kopi  tak ada member. Nak pergi sorang sorang segan. Try la ajak anak buah. Itupun kalau dia ada balik. Nak duduk rumah sepanjang hari letih la. Kat rumah tak kondusif plak, adik ipar bersembang dengan wife hal hal perempuan biasanya bab tupperware baju dll. Biasalah bukan rumah mak sendiri. Buleh guling guling sesuka hati.

 Line broadband macam siul.
Di zaman FB dan blog ni rupa rupanya kat kampong kampong ni line masih lembap sesangat. Nak bukak satu lawan web pun memakan masa 15 minit!. Lastly tengkuk pun rasa sakit sebab mengadap benda ni.  Nak tengok tv plak  adik ipar perempuan dan conquerer. 

Info: entri ni pun di buat di rumah mertua. Bezanya aku tengah jaga baby yang masih tidoq. Tapi line broadband slow sesangat. Nak upload gamba kat dalam entri ni makan masa sejam!. Itu la sebabnya entri ni tak ada pic.Hahaha


Perut Berkeroncong


Ni pun satu lagi masaalah yang di alami oleh menantu lelaki biasanya. Maklumlah kalau kat rumah sendiri asyik melantak jer. Sampai kat rumah mak mertua segan plak nak makan kerap sangat. Tunggu jelah waktu makan. Selang masa  nak menyampai ke masa makan tu perut pun berkeroncong. Aku pun pelik napa perut ni berkeroncong ? napa tak berghazal ker, gurindam ker?..(Haha lawak bodo la tu!). 


Wife dia pun tak tanya tanya kot kot abgnya tu lapar ke. Takkan la tak tau kat rumah sendiri  tu asyik mencekik jer?. Boleh la tolong tolong gorengkan cekodok ker, pisang goreng ker, mee ker sementara nak nunggu makan nasi. Itu kalau yang makan nasi 2 kali sehari. Kena pulak family mertua ni jenis makan nasi sehari sekali, tak ke kesian kat abang tu. Malam malam kelaparan akibat  wife dia tu tak ingat kat laki dia.Mentang mentang la hang dah ada kat rumah mak hang. Eksyen no!.


Ok lah itu saja kisah biasa di rumah mentua yang boleh aku kongsikan. Kalau ada nak komen di persilakan. Kot kot la tak setuju kat aku.

2 responses to “>Kisah biasa di rumah mertua

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s