>Kenangan Perjalanan ke Sarawak

>

Ini adalah sebuah catatan perjalanan. Di tulis untuk mengenang kembali kenangan yang tersendiri semasa mula di tempatkan di Sarawak. Bagaimana perjalanan yang aku tempuh semasa mula mula di tempatkan ke Sarawak?.  

Setelah mendapat tahu aku di hantar ke Sarawak melalui internet, aku pergi ke Putrajaya untuk mengetahui bahagian di Sarawak yang aku akan di hantar. Perasaan pada masa itu berdebar dan juga rasa teruja.

Bukan kerana apa, aku teruja kerana bakal beroleh pengalaman yang baharu. Memang aku suka pengalaman baharu kerana agak bosan dengan kehidupan aku selama ini yang agak statik. Namun, pada masa yang sama aku sedih juga terpaksa berpisah sementara dengan tunang dan keluarga.  Setelah tiba di Putrajaya ,aku pergi ke bahagian pentadbiran sekolah harian di Kementerian Pelajaran.

Pada masa tu memang ramai juga bakal bakal cikgu ni yang telah berada di situ untuk mengetahui di mana lokasi mereka di tempatkan. Setelah berasak asak bukannya beratur (macamana la nak  jadi cikgu?) aku akhirnya berjaya mendapat tahu yang aku akan di tempatkan di bahagian Miri.


Google Miri dan Mukah

Pada malam itu juga, aku menggoggle  tentang Miri ni. Banyak lah info yang aku dapat.Tetapi pada keesokan harinya, kawan aku menelefon aku, dia memberitahu bahawa jadual penerbangan ke Sarawak telah keluar. Setelah melihat  jadual tersebut, aku terkejut.Terkejut kerana aku akan di tempatkan di Mukah bukannya di Miri. Terpaksa la aku mencari maklumat lagi tentang Mukah ni.

Banyak juga lah yang aku dapat tentang Mukah seperti bagaimana daerah daerahnya, bandarnya termasuklah bank!. Perkara yang penting, sebab aku risau juga mendengar tentang info sebelum ni yang mengatakan bahawa Sarawak ni pedalaman dan susah nak mencari bank.


Hari Penerbangan

Hari yang di tunggu akhirnya tiba 8.1.09. Penerbangan aku di jadualkan pada pukul 10 pagi dan harus berada di KLIA dua jam sebelum penerbangan. Aku di hantar oleh keluarga ke sana. Sedih rasanya bila melihat wajah ibuku yang agak mendung. 

Rasa sebak pun ada,tapi aku tak akan menangis di depannya kerana aku tahu dia akan menangis  juga. Penerbangan ini di penuhi oleh bakal bakal cikgu yang akan di tempatkan ke Sarawak. Ada yang aku kenal dan   yang baru di kenali. Ada juga guru  yang di tempatkan di bahagian Kuching dan juga bahagian Mukah.


 Penerbangan ini amat  menakutkan bagi aku kerana ia adalah yang pertama dalam sejarah hidup. Alhamdulilah, akhirnya tepat jam 11.30 pagi aku mendarat di Kuching untuk transit sebelum terbang lagi ke Sibu pada jam 2 petang. Namun penerbangan itu  tertunda ke jam 5 petang. Boringnya rasa menunggu di airport. Bukannya kita tahu tempat yang nak di tuju.  Setelah menunggu lebih 5 jam kami menaiki penerbangan seterusnya ke Sibu. 

Tepat jam 6 pesawat akhirnya mendarat dengan selamat walaupun mengambil masa yang agak lama untuk  mendarat kerana hujan atau cuaca yang tidak baik. Kami di sambut oleh pegawai pegawai PPD dari bahagian Mukah. Ada 4  buah bas sedang menunggu kami. Waktu itu hari sudah gelap. Walaupun jam baru menunjukkan 6.15 petang. Masa tu baru aku teringat yang Sarawak ni waktu maghribnya sekitar jam 6 lebih, itupun ingat pasal waktu berbuka puasa selalu tengok di TV.

Menaiki Bas Ke Mukah

Perjalanan kami belum berakhir, bas mula bergerak dengan perlahan..dan tetap perlahan sepanjang perjalanan. Bas pulak di penuhi dengan beg beg besar. Semuanya ialah beg bagasi bakal bakal cikgu ni. Sampaikan nak bergerak di dalam bas pun susah. Beg beg terpaksa di letakkan di sepanjang lorong dan di atas kerusi bas juga.

Perjalanan ini amat memenatkan. Jalan yang kami tempuh dari Sibu ke Mukah merupakan jalan yang sangat teruk. Ia adalah jalan bertaraf jalan ladang walaupun ia berturap. Di sepanjang jalan, terdapat banyak lubang lubang dan lopak yang besar . Kami terpaksa menjaga beg kami kerana keadaan bas bergoyang apabila melalui lopak yang dalam. Rasa sakit badan dan pinggang apabila bas melalui lopak. Walaupun letih dan mengantuk aku sukar melelapkan mata kerana suasana yang tak ‘best’ ni.

Perjalanan ini mengambil masa 4 jam untuk ke bandar Mukah.  Penat kami terubat apabila bas mula memasuki perkarangan Hotel Kingwood Mukah sekitar jam 10 malam. Kami akan bermalam di situ sebelum memulakan sesi seterusnya. Walaupun pada masa tu tak ada apa info yang aku tahu. Hanya selepas makan malam yang di sediakan oleh hotel, aku mendapat info tentang taklimat pada keesokan paginya. Rupa rupanya nya di belakang Kingwood ialah pantai!.

Hari Kedua 

Selepas taklimat yang di adakan selama ½ hari itu,kira kira jam 2 petang kami telah di bahagi bahagikan kepada beberapa buah bas. Cikgu cikgu ni di bahagikan kepada daerah daerah tertentu. Aku menaiki bas  yang menuju ke daerah Daro dan Tanjung Manis. Ada 2 buah bas yang ke Daro. Bas bas lain menuju ke daerah seperti Dalat , Mukah, Balingian dan daerah daerah lain.


Dalam perjalanan ni, aku melihat bagaimana keadaan di sepanjang jalan. Suasananya sepi, rumah rumah kayu dan agak tinggi manakala di bawah rumahnya di tenggelami air. Pokok pokok hutan menghijau dan di selangi dengan pokok kelapa sawit.  Di celah celah pokok kayu tu aku lihat pula ada padi yang sedang menghijau dan telah di tenggelami air (masa ini musim tengkujuh). Padi di sini sepatutnya di atas tanah yang lembap sahaja kerana padi ni padi jenis huma yang tak memerlukan di tanam di atas air.

Aku duduk di hadapan sekali. Betul betul  berada di belakang pemandu bas. Aku pun tak tahu kenapa aku nak duduk di depan sekali. Mungkin perasaan teruja untuk melihat negeri orang. Walaupun di dalam Malaysia, aku tak boleh bayangkan bagaimana keadaan atmosfera di sini. Di sebelah pemandu bas ni, ada seorang pengiring. Abang ni adalah pembantu penolong tadbir di PPD Daro. Seorang yang berbangsa Iban. Aku memang tak tahu namanya sampai sekarang..hahaha.

Ok, di barisan hadapan di sebelah bahagian kiri bas ada seorang gadis (cikgu prempuan)…jeng jeng..mukanya nampak serius dan tak menampakkan kegembiraan. Kedudukannya betul betul sebaris dengan aku.Air mukanya  yang berkaca mata itu menampakkan dia mungkin dalam keadaan sedih. Yelah, dalam keadaan begini siapalah yang tak sedih? termasuklah aku.Bezanya, aku terselit juga perasan teruja rasa nak meneroka pengalaman di negeri orang. 

Perbualan dengan Seseorang

Aku memulakan perbualan dengan gadis itu ops!, hahaha bukanlah!  dengan abang PPD Daro tadi tu la. Dia berdiri di depan aku. Aku menegurnya.Cuma bertanya kepadanya bagaimana keadaan sekolah  yang aku di tempatkan. Dia mengatakan sekolah aku ni terletak di pulau. Susah untuk masuk kerana ombak sangat kuat pada awal tahun dan hujung tahun . 

Pada musim kemarau pula , susah untuk mendapatkan air bersih  kerana pulau ni tak ada bekalan air.Apa yang ada hanyalah air hujan sahaja. Kemudian aku bertanya lagi, kalau kalau ada air sungai untuk mandi. Dia hanya tersenyum, dia menyatakan sungai kat sana sungai air masin.  Cikgu yang pernah di tempatkan disana terpaksa membeli air mineral untuk kegunaan pada musim kemarau. Hmm.. aku diam sahaja mendengar maklumat yang di sampaikannya itu. Dalam hati alah bisa tegal biasa. 

Perjalanan ini terasa begitu lama. Lebih 3 jam baru sampai ke Pekan Daro dari Mukah tadi walaupun dalam bahagian yang sama. Bas juga bergerak sangat lambat. Rasanya basikal pun boleh memotong bas ni! Bayangkan!. Muatan bas berat sangat.Penuh dengan beg beg bagasi besar. Tak berdaya bas ni nak bergerak.


Pinggang aku rasa lenguh.Ada cikgu yang aku lihat di belakang berbual bual dan juga ada yang tertidur. Mungkin mengantuk.  Melalui  perbualan yang aku dengar semasa di hotel tadi, ada cikgu ni yang hanya sampai di hotel pada jam 5 pagi. Diorang ni ialah batch di belakang aku, semasa di KLIA penerbangan  mereka pada waktu petang.


Aku berbual dan berkenalan dengan seorang cikgu yang duduk di sebelahku. Namanya Rosli. Badannya kecil dan rendah. Raut wajahnya lembut. Tutur katanya pun agak sopan santun. Rupa rupanya dia pun di tempatkan di pulau yang sama .Cuma dia di tempatkan di Kampung Tekajung, aku pulak di Kampung Penibong.  Melalui abang PPD tu dia mengatakan  jarak antara sekolah kami itu agak jauh, kerana pulau ini agak besar  dan juga di penuhi hutan.

Tiba di Daro


Jam 6 lebih, bas berada di pekan Daro. Pekan ni hanya pekan yang kecil. Kami melalui rumah rumah kaum Melanau di sepanjang jalan. Tempat persinggahan kami ialah di sebuah sekolah. Malam ini kami akan bermalam di sana. Bermalam di asrama sekolah Hijrah Badong Daro. Esok kami akan ke pulau.

Di Temani Nyamuk 

Malam pertama di SK Hijrah Badong di temani oleh nyamuk nyamuk yang sangat banyak. Mungkin ini di sebabkan oleh hujan dan air yang bertakung di sekitar kawasan sekolah dan kawasan luar sekolah yang agak semak samun.  Sebaik tiba di asrama sekolah,  perkara pertama yang di cari ialah line telefon dan broadband. Alhamdulillah di sini line ada , Cuma line broadband agak lemah hanya dalam 3 bar sahaja. 



Taklimat yang diadakan di dewan makan kantin  selepas makan malam memaklumkan kepada kami bahawa kami akan mulai bergerak ke sekolah masing masing pada keesokan hari. Perasaan di dalam hati terasa seronok bercampur takut untuk memulakan kerjaya sebagai seorang guru. 


Pagi esoknya , kami telah di beri taklimat sekali  lagi,setiap kami telah di beri kepada kumpulan kumpulan kecil mengikut sekolah.

 Aku dan seramai  5 orang guru lain dari SK Penibong  bersama guru dari 2 sekolah lain (SK Sebako, Sk Orang Kaya) di arah  menaiki  van yang sama untuk ke Jeti dan seterusnya menaiki bot yang sama ke pulau. Keadaan hari itu hujan agak lebat. Setelah menunggu hampir 2 jam di jeti, dan melihat rakan guru lain telah menaiki bot ke sekolah masing masing kami telah dimaklumkan perjalanan ke sekolah kami telah di tunda kerana ribut dan ombak yang sangat kuat di laut. 


Pulang Semula Ke Asrama

Kami pulang ke asrama dengan perasaan yang hampa.Malam itu masa  di isi hanya dengan bersembang dan bermain daun terup. Hanya untuk suka suka. 


Esoknya, hari Sabtu, beberapa orang guru dari sekolah lain pula  telah dihantar. Kami yang masih tinggal di asrama hanya menunggu dengan sabar bilakah masanya kami akan di hantar juga.


Hari ahad hari ke 3 kami di Daro pun berlalu begitu sahaja tanpa sebarang khabar berita. Sudahlah kami tidak di beri  makan tengahari. Akibat salah faham antara pihak PPD dan Kantin Sekolah. 

Lewat petang , barulah kami mendapat nasi.Nasi di jamah dengan berselera biarpun menunya biasa biasa sahaja. Paling aku tidak lupa menu setiap hari mesti ada jagung dalam tin yang telah di masak air. Masakan juga tak ada rasa pedas seperti masakan orang melayu di semenanjung. Jadinya rasa tawar je tekak. Namun sebagai menghormati tuan rumah dan kita pula di beri makan oleh mereka tak ada la kami merungut. 

Bersambung siri 2  gambar menyusul kemudian kerana broadband slow)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s