>Selangor sepanjang zaman

>


Banyak pasukan negeri lain muncul dan hebat di dalam kelompok saingan liga dan Piala Malaysia mengikut musim. Kuala Lumpur pernah muncul sebagai kuasa bolasepak pada penghujung 1980an dan berjaya memenangi Piala Malaysia sebanyak 3 kali berturut  turut.

Begitu juga dengan Pahang pernah muncul juara dan kemudian hilang taringnya selepas beberapa musim kebelakangan ini. Nasib johor pada masa kini juga sebegitu, 1991 ,1985 adalah antara tahun bertuah bagi skuad Johor terutamanya pada zaman Ervin Boban.


Namun kini, Johor hanya mengharapkan pasukan kelab Johor FC sahaja membawa nama Johor.

Begitu juga Sabah semasa zaman Matlan Marjan pernah menjadi pesaing utama . Sarawak juga  pernah menjadi kuasa bolasepak dan hampir menggengam Piala Malaysia tapi tumpas di tangan Brunei. Namun sekarang apa yang tinggal hanya sejarah betapa dahulu Sarawak dan Sabah adalah kuasa bolasepak pada era penghujung 1990an dan awal 2000.

Perak yang juga  pernah  menguasai  liga dan memliki kejuaraan Piala Malaysia kedua terbanyak selepas Selangor(selepas ketiadaan S;pura)  pada beberapa tahun kebelakangan ini nampaknya kini makin suram dan pudar kehebatannya.



Tapi, lihatlah satu satunya kuasa bolasepak Malaysia yang tidak pudar kehebatannya  oleh zaman. Sejak sebelum merdeka, pasca merdeka hinggalah abad ke 21 ini namanya tidak lekang dari  senarai pasukan teratas atau pesaing utama liga Malaysia .

Juara Kejohanan 32 kali Piala Malaysia, 5 kali Piala FA, Juara Liga super, Liga Semi Pro, Juara Liga Divisyen Dua,Piala Subangsih, Piala Emas Raja Raja semua koleksi kejohanan dan piala  ini telah di miliki oleh pasukan ini.

Semuanya adalah bergantung kepada pengurusan yang cekap dan berkualiti sahaja  yang mampu melakukan ini untuk sepanjang zaman.  Jadi, ingin menjadi pasukan yang hebat pasukan lain perlulah mencontohi pengurusan pasukan Selangor  ini.

Masa akan  menentukan apakah Selangor mampu mengekalkan nama mereka di persada bolasepak Malaysia untuk dekad seterusnya dan masa jugalah yang akan menentukan jatuh bangun pasukan pasukan lain yang sedang berbangga dengan kejayaan mereka pada masa ini. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s