>Tips Kejayaan Sosilawati dalam berniaga

>

imej di jana :google imej

Hari ni sudah 21 hari kes kehilangan Datuk Sosilawati yang akhirnya di kesan di bunuh dengan kejam. Suspek utama telah pun di kenalpasti dan barang  baranng kes juga  telah berjaya  di kesan oleh unit forensik polis. Cuma sekarang ini hanya menanti laporan DNA dari pihak hospital untuk memastikan mayat tersebut milik beliau bersama tiga yang lain.. 


Kehilangannya amat memeranjatkan, terutama kepada pelanggan, rakan rakan perniagaannya. juga kepada dunia perniagaan di Malaysia. Kejayaanya dalam perniagaan menjadi buah mulut ramai pihak sehingga ada pihak yang cuba mengammbil kesempatan darinya sehingga tergamak membunuh beliau. 



Kejayaan Allayarham dalam perniagaan rupa rupanya bukan melalui jalan yang senang dan mudah. Beliau membesarkan anak anaknya bermula dengan menoreh getah ,kemudian beliau menjual barangan kosmetik dari pintu ke pintu sehinggalah mencapai kejayaan yang membanggakan sehingga mampu memperolehi pendapatan sebanyak 7.54 juta pada 2007.



Ada beberapa tips kejayaan Sosilawati  dalam bisnes yang aku petik dari Mingguan Malaysia .


Tips pertama, jika kita kurang pandai atau mahir dalam sesuatu bidang dalam bisnes kita kena cari beberapa orang yang berkemahiran tinggi dalam bidang tersebut untuk berkhidmat dengan syarikat kita.


Kedua, berusaha untuk belajar kemahiran itu dari staf kita berdasarkan pemerhatian dan pengamatan sendiri sehingga menjadi mahir sepertinya.


Ketiga, jangan sesekali menunjukkan anda tidak mempunyai kemahiran di hadapan pekerja. Berusahalah dengan bersungguh sungguh untuk meningkatkan kecekapan diri.


Keempat, sebagai bos anda perlulah mengambil tahu serba serbi tentang perniagaan kita dan menjadi pakar dalam perniagaan kita itu.


Akhir sekali, jangan menipu orang dalam bisnes. Orang yang menipu tidak akan berjaya dalam jangka masa panjang.


Itulah tips tips dari Datuk yang boleh kita guna jika ingin berniaga..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s