>Pakcik Tukang Kebun Sekolah aku dulu …..

>

Hanya gambar Hiasan    (kredit to google image..

Dulu sekitar tahun 80 an dan 90 an tukang kebun masa zaman aku bersekolah rendah dan menengah  kebanyakkannya aku panggil pakcik. 


Diorang di kenali oleh warga sekolah dan juga warga kampung. Memanglah pun kerana diorang ni ialah orang kampung di situ jugak. 

Diorang ni kadang kadang bukan sahaja jadi tukang kebun semata mata, kadang kadang rajin jugak membantu pihak sekolah kalau ada majlis apa apa. 

Walaupun tanpa di minta diorang ni banyak membantu. Contohnya semasa sukan sekolah pakcik tukang kebun sekolah aku ni pernah  tolong memasang khemah tetamu yang di pinjam dari balairaya kampung aku tu. 

Ada di antara mereka mesra dan suka mengusik murid murid sekolah.

Sekarang, sudah 20 tahun masa berlalu,aku lihat di beberapa buah sekolah termasuklah sekolah lama aku  wajahnya sudah berubah. Tukang kebun dari golongan pakcik pakcik ni dah tak ada lagi. 

Mungkin pakcik pakcik zaman baru berpelajaran, jadinya mereka tidak lagi menjadi hanya setakat tukang kebun. Mungkin ramai dah berjaya menjawat jawatan besar atau paling kurang kerani di syarikat swasta.

Tapi wajah yang menyiram pokok bunga di sekolah termasuklah di hospital  sekarang ni aku lihat kebanyakannya ialah terdiri dari warga Indonesia ataupun Nepal! .

Lama aku berfikir , takkanlah tak ada langsung orang Malaysia yang layak untuk mengisi jawatan ini?. Setahu aku ramai jugak orang orang kampung kat tempat aku ni tak ada kerja pun. Duduk saja saja kat kedai kopi. Apa salahnya bagi saja kat orang macam tu kerja?.

Rupa-rupanya sekolah dan hospital(jabatan kerajaan lain tak aku tak pasti) memang sudah lama di swastakan atau kata mudah di kontrakkan kepada syarikat luar  untuk menjaga kebersihan persekitaran.

Maksudnya di sini, penswastaan dari sisi yang negatif telah menyebabkan pekerjaan orang Malaysia di beri kepada warga asing atas alasan kos yang murah.

Tapi pada masa yang sama, ramai lagi orang Malaysia yang menganggur.

Mungkin nanti , sektor pekerjaan lain seperti guru pun akan di isi dengan warga asing kalau penswastaan di jadikan sebagai dasar utama kerajaan. 

Mungkin kedengaran pelik dan janggal dan tak masuk akal, tapi apa apa pun boleh berlaku di suatu masa nanti..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s