>ASTRO cekik darah

>

ASTRO ialah syarikat TV satelit berbayar yang di langgani oleh hampir keseluruhan rumah di negara kita ini. Ia juga  memonopoli  TV satelit berbayar walaupun  ada syarikat lain cuba bersaing contohnya syarikat  MITV  tetapi ternyata gagal menyaingi ASTRO


Baru baru ini aku ada melanggan ASTRO untuk kali yang pertama walaupun sebelum ini aku ada melanggan tetapi menggunakan  akaun orang lain. Masa yang di ambil oleh ASTRO untuk datang ke rumah kira kira satu minggu hanya untuk pemasangan!. Kemudian selepas pemasangan itu, ia mengambil masa 4 hari pulak nak menunggu siaran keluar. Memang rasa nak menyumpah, dah la masa tu siaran Piala Dunia baru berlangsung.

Akhirnya aku berjaya juga mendapat siaran, tetapi ada pulak problem lain!. Ada beberapa channel famili pakej tak dapat di buka termasuk la satu siaran di pakej movie. Aku pun menghubungi ASTRO, membuat report atas masaalah itu. Mereka mengambil report dan menyatakan akan menghantar wakil untuk membaiki kerana akaun ASTRO aku masih lagi mempunyai waranti. Tunggu punya tunggu, dah 2 minggu masih lagi tak ada sesiapa pun menghubungi aku samada wakil atau agen.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menghubungi ASTRO sekali lagi, untuk menutup pakej movie kerana channel 412 aku tak terima walaupun dah di buat report. Aku tak teringat nak memberitahu masaalah itu( tentang wakil ASTRO tak datang).

Semalam, ASTRO aku di gantung kerana aku tak menjelaskan bil tepat pada masanya. Oh , kalau kita silap cepat saja mereka bertindak!. Dah la di potong kena caj pulak RM20.

Aku menghubungi ASTRO sekali lagi apabila bil telah di jelaskan. Dengan perasaan marah yang di kawal, aku pun mengadu apa yang telah berlaku kepada aku. Aku kata, ASTRO cekap bertindak jika pelanggannya lambat bayar bil. Tapi bila tentang perkhidmatan, ia amat mengecewakan. Sampai sekarang masih tak ada wakil datang membaiki ASTRO saya. Sampai saya memotong pakej movie.Tapi masih ada lagi 2 channel di famili pakej tak dapat di bukak.

Cust . Service ASTRO terkejut dengan aduan aku. Dia mengatakan bahawa agen telah datang, dan laporan telah di buat mengatakan ASTRO aku dah di baiki!. Dalam perbualan itu,aku menafikan wakil ASTRO telah
datang ke rumah.

Apakah selama ini , Agen ASTRO yang membuat masaalah?..Seperti kawan aku dah hampir 2 bulan dia menghubungi ASTRO untuk memasang ASTRO yang baru tetapi masih tak ada jawapan sampai sekarang. Kedai yang menjadi agen kepada kawan aku itu membalas mesej kawan aku macam ni saja:

“Maaf saya tak pasti bila bleh pasang, yang boleh saya maklumkan jika ada installer saya akan bagi tahu secepat mungkin (JAMIL ASTRO 012 227294*)”

Itulah dia jawapan ringkas yang di berinya, setelah hampir 2 bulan!..Sakit hati kawan saya mendengarnya.

MACAM MACAM!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s