>Perjalanan Seorang Guru

>

Kehidupan di Sarawak tidaklah seperti yang ku fikir sebelum ini. Cuma biasa lah perbezaan mesti ada cuma banyak atau sedikit memang ada lah bezanya. Hari ini sudah minggu ke 3 kami pergi ke Sarikei. 
Perjalanannya bukanlah dekat, kira kira hampir 2 jam perjalanan menaiki bot laju. Tambang boleh tahan juga, kira kira RM 70 pergi dan balik. Menaiki bot laju pada mulanya agak menyeramkan apatah lagi perjalanan pertama telah menjadi peristiwa yang agak tragik.Mana taknya rakan dalam bot PPD yang beriringan dengan bot PPD kami telah karam kerana gelombang laut yang kuat. Mujurlah kami di bawa oleh pemandu yang agak pandai dalam melawan gelombang. Seramai 11 orang guru baru telah karam dalam bot itu dan mujurlah bot tersebut sempat sampai  ke pantai dan mereka terpaksa mencampakkan beg beg besar ke laut dalam usaha untuk sampai ke pantai setelah bot di masuki air.
Mujurlah guru di pulau ini mendapat line telefon dan juga mendapat capaian internet. Elektrik juga tiada masaalah untuk kami ,kerana kampung yang kami diami memang mempunyai kemudahan elektrik yang bukannya generator tetapi elektrik biasa.
Kami bersyukur juga kerana imbuhan yang kami terima agak lumayan berbanding guru guru baru di semenanjung. Namun itu bukanlah yang menjadi perkara utama, kami juga memikirkan sejauhmana kerja yang kami buat itu harus di lakukan dengan sebaik mungkin.
Sarikei bandar kecil di sarawak yang mempunyai kemudahan yang baik. Pekan sarikei adalah terletak di hentian sungai dan bahagian yang berdekatan dengan bahagian Sibu. Itulah pekan terhampir kami untuk membeli barangan dan urusan bank dan bil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s