>Gara Gara payak

>

Payak dalam bahasa Melanau adalah bermaksud udang udang kecil dan sederhana besar. Manakala nama udang hanya di gunakan untuk udang yang bersaiz besar dan juga udang galah. Gara gara payak inilah badan badan aku di tumbuhi bintik bintik merah yang gatal dan memeritkan.
Ceritanya bermula apabila aku,Sutiman, Ustaz Karim dan Uztaz Hadi di jemput untuk datang ke rumah orang kampung yang merupakan kawan baik Ustaz Hadi. Nama pakcik ini aku dah tak berapa ingat tapi itu tak penting, ceritanya apabila kami di jemput makan malam dengan di sajikan dengan payak masak sup+payak rebus dan nasi. Bukannya sedikit payak yang di hidangkan kepada kami ini,sampai kami meratah pulak apabila kekenyangan makan dengan nasi. 
Malam itu, di keheningan malam yang sepi dan dingin, apabila suara suara unggas jelas kedengaran dan embun embun menitis lembut di bumi ini, satu susuk tubuh bangun dari tempat pembaringannya. Dia menggaru-garu kaki dan tangannya yang gatal yang gatalnya itulah menyebabkannya terbangun dari mimpi yang romantis dan seksi. Bermula dari saat itulah sehingga ke waktu prosa ini di hasilkan kegatalan itu masih berterusan, dan di yakini olehnya bahawa kemungkinan besar ianya akibat makan payak itu dengan banyak dan berselera.
Bilakah kegatalan ini akan berakhir,Wallahualam,ubat telah ku sapu hanya waktu itu yang ku tunggu. Dan selepas ini, banyak lagi payak akan ku jamu dan banyak pula ikan ikan segar akan ku santap,hanya menunggu gelombang di laut reda sepenuhnya dan nelayan turun dengan selesa. Apabila mereka balik kami gembira kerana itulah santapan kami untuk mengisi talih talih kami. Harap harap pula aku tak elergiklah dengan payak lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s