>Dari Sekinchan Ke Borneo..

>Aku mengetahui tempat di ‘posting’kan dengan beberapa rasa yang berbeza. Ada rasa suka, ada rasa duka, ada rasa yang keliru, takut dan segala perasaan bercampur baur satu sama lain.

 Perasaan suka kerana bakal beroleh pengalaman baru yang pasti sama sekali berbeza dengan apa yang pernah aku rasai sebelum ini. Sudah pasti banyak pengetahuan , pengalaman yang bakal aku alami yang dapat membuka mata aku tentang negara ini. Rasa dukanya pula aku bakal berjauhan dengan keluarga, dengan tunang tersayangku dan  itu membuat aku rasa amat berat dengan keputusan ini. Tapi tidak mengapa, aku akan cuba dan  tabah menghadapi pelbagai ranjau yang mendatang dan pastinya sedia berkhidmat untuk negara. Aku juga berharap aku cekal semasa di sana, dan kehadiran teman teman IPTKl yang turut ke sana sekurang2nya membuat aku tidak keseorangan di negeri Borneo ini. Dan coretan ini bakal akan aku teruskan di sana sekiranya kemudahan internet dapat di capai, dan seharusnya banyak pengalaman yang menarik akan aku kongsikan sekiranya berkesempatan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s