>Who you want to be?,I dont want to be a Politician!

>Who you want to be?..
I dont want to be a Politician!!

Aku saja reka soalan dan jawapan ni dengan imaginasi apabila seorang guru bertanya kepada seorang murid tentang cita-citanya.Yalah kadangkala naik malas nak mengetahui tentang politik ni tapi aku tengok dan masih ambik tau gak malah google reader aku tu 98% adalah blog politik.

Apakah politik? apa itu politikus?.Ok aku masih ingat seorang sarjana politik Harold Lasswell mengatakan bahawa politik adalah Siapa Mendapat apa,bila dan bagaimana. Jadi apa maksudnya dengan siapa mendapat apa? apa yang dia dapat?duit?,kuasa?pengaruh?.

Bila dan bagaimana? bila tu yang aku faham ialah masa dan keadaan yang perlu dia mendapat apa yang dia nak dalam politik tu, bagaimana tu pula mungkin menjelaskan dengan cara macamana yang baik atau tidak samada melalui pilihanraya ker,rampasan kuasa ker,main serah jer ker. Politikus pula adalah orang yang terlibat dalam politik dan mempunyai cita cita politik.

Kadang kadang aku mengarut cubalah dalam dunia ni tak ada politik.Semua tak nak masuk politik. Kalau kerajaan nak di tubuhkan semua menolak ,”eh kaulah jadi PM, aku tak nak, tak layak”-“apa plak ko lagi belajar tinggi pandai agama”-“cari lah orang lain dulu”..Heheh susah nak jumpa ayat ni kan?.

Aku tak nafikan politik adalah termasuk di dalam Islam,tapi apabila kita dah mengikut politik barat jadinya kita tak dapat nak mengaplikasikan seperti ayat di atas. Ini kerana menjadi pemimpin adalah satu tanggungjawab yang berat, yang akan di tanya di akhirat nanti terhadap kebertanggunggjawaban kita terhadap amanah itu.

Jadinya tak ada siapa yang akan berebut di dalam politik.Namun aku tahu politik juga adalah satu perjuangan untuk memperjuangkan seseuatu yang kita rasa ideal samada dari segi corak negara,agama,bangsa tapi …sekarang ni bukan semua orang berfikiran macam tu kan?ada maksud di sebalik udang di dalam mee itu!.

Ok, berbalik kepada soalan imaginasi aku di atas tu, aku menulis macam tu kerana keadaan suhu politik di Malaysia ni dah caca merba,di sana Altantuya, di situ liwat,disini sumpah,di sanun demonstrasi di sinun pukul cameraman. Itu tak campur lagi dengan akuan bersumpah,akuan berkanun,laporan doktor dan macam macam lagi la.Termasuklah 16 september kerajaan menunggu! Iyo ko?.

Sekarang ni aku rasa susah nak tau sapa yang salah dan sapa yang benar?..senang senang kita ambik duit syiling kita lambung dan pilihkan bahagian bunga untuk si polan, dan bahagian lagi satu untuk si polan.Sebenarnya cara yang terbaik adalah kita serahkan pada Allah S.W.T untuk mengadili di akhirat,korang jawablah di alam masyar nanti!.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s