Isu Kenaikan MinyaK(Versi MArah)

msomelayu.blogspot.com

Mengapalah kerajaan begitu terburu-buru untuk menaikkan harga minyak padahal pada hari yang sebelumnya menteri yang bertanggungjawab kepada hal ehwal pengguna menyatakan kerajaan hanya akan menaikkan harga minyak pada Ogos ini. Nampaknya terdapat ketidaksamaan pendapat ataupun Pak menteri Sharir Samat terburu buru membuat kenyataan, mungkin ingin menjaga hati masyarakat. Pada keesokan harinya pengumuman yang mengejutkan telah di buat oleh PM merangkap menteri kewangan. Jelasnya kerajaan akan menukar sistem subsidi yang lebih teratur dan tersusun daripada sistem sebelum ini. Sistem subsidi sebelum ini memberikan subsidi kepada semua rakyat tanpa mengira kedudukan mereka. Kononnya dengan sistem ini hanya mereka yang layak mendapat subsidi.

Apa yang di jelaskan oleh kerajaan ialah subsidi akan di bayar kepada pemilik motorsikal sebanyak RM150 setahun bersamaan dengan RM 12.50 sebulan atau RM 0.41 sehari.Maknanya untuk sehari rakyat mendapat 0.15 liter subsidi. Manakala untuk kereta pula subsidi yang di berikan oleh kerajaan ialah RM625 bersamaan dengan RM 52.08 sebulan atau RM 1.70 sehari.Bandingkan pula kepada pengguna berapa banyak yang mereka gunakan untuk sehari adakah cukup 0.41 sen sehari untuk mengisi tangki motorsikal? Nilai yang tidak sampai pun satu sen.Begitu juga dengan kereta adakah mencukupi mengisi dengan RM 1.70. Adakah kabinet yang membuat keputusan ini ada memikirkan dan mengira dengan teliti setiap keputusan yang mereka buat. Satu perkara lagi subsidi ini hanya sehingga Mac tahun hadapan,Selepas itu bagaimana pula kaedah dan sistem yang mereka gula-gulakan di dalam media sekarang ini.

Kerajaan telah membangga-banggakan sistem baru yang mereka hasilkan ini,dan siapalah yang boleh terfikir atau memberi idea ini.Begitu bijaknya IQ dia ni,anak sapa la ni!.Adakah tidak terfikir di benak menteri menteri kabinet yang bijak pandai ni yang paling-paling kurang ada ijazah pertama ,bahawa dengan menstrukturkan subsidi ini atau dengan ayat paling senang menaikkan harga minyak ini, bahawa ia juga telah menstrukturkan semula bajet masyarakat. Namun yang sedihnya bajet masyarakat ini tidak mengalami penambahan bajet tetapi bajet yang sedia ada di gunakan untuk harga barang yang akan naik.

Menurut kerajaan, harga gas tidak di naikkan, namun orang-orang biasa macam kami ni wahai pak pak menteri bukannya tidak boleh berfikir. Harga gas memang tidak di naikkan tetapi bagaimana dengan lori yang mengangkut gas tersebut?.Sehari selepas pengumuman itu, Persatuan Pengusaha Lori Selangor telah bersetuju untuk menaikkan sewa kepada 40%, begitu juga dengan Pengusaha Geng Bas Sekolah pun berura-ura membuat tindakan yang sama. Menurut pengusaha lori subsidi diesel yang di berikan oleh kerajaan ialah sebanyak 2500 liter sebulan, namun mereka menggunakan sebanyak 15000 sebulan , maknanya subsidi ini masih tidak mampu untuk menampung dan mengekang daripada kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Subsidi yang tidak di berikan kepada semua golongan ini bukan bermaksud sistem ini baik, golongan yang tidak menerima subsidi diantaranya ialah golongan peniaga yang menggunakan petrol dan beban ini mereka boleh pindahkan kepada golongan rakyat yang berpendapatan rendah dengan cara menaikkan harga barang. Bagaimana dengan rakyat bawahan mereka ingin pindahkan beban ini kepada siapa?.

Menurut Salahuddin Ayub Ketua Pemuda Pas, beliau mempersoalkan kemana perginya wang Petronas dan mahu tahu kewangannya yang tidak pernah di dedahkan kepada umum malah Parlimen pun tidak mengetahuinya. Beliau juga khuatir kemungkinan kerajaan telah membuat jualan masa hadapan dengan harga lama dengan tujuan membuat pendahuluan projek tertentu atau bail-out kepada projek kerajaan yang gagal. Ini yang menyebabkan duit petronas gagal di gunakan kerajaan untuk menampung subsidi.Kita tidak menuduh demikian tetapi kemungkinan itu ada dan khuatir jika ia benar-benar berlaku.

Kerajaan khabarnya akan membuat beberapa pengumuman selepas ini untuk mengurangkan beban rakyat, Bersama samalah kita tunggu.

Terima Kasih Pak Lah.WE Love Pak Lah!.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s