Isu Kenaikan Minyak Part 1

Nampaknya isu kenaikan harga minyak menjadi topik yang paling hangat ketika ini. Di mana mana orang akan berkata tentang hal ini. Siapa yang tidak terbabit dengan isu kenaikan harga minyak ini?,semua gologan  rakyat samada di peringkat rendah,menengah,atau kaya pasti akan merasa bahana dengan kenaikan ini. Bagi golongan rendah kenaikan ini akan menyebabkan pendapatan mereka yang sedikit akan menjadi semakin rendah nilainya di sebabkan dengan kenaikan harga barang.Mereka mungkin boleh berjimat dengan menggunakan motorsikal tetapi harga barang yang naik agak sukar untuk mereka atasi. Cuba bayangkan dengan  keadaan ini, kemungkinan elaun dan kerja lebih masa akan di kurangkan oleh majikan mereka. Majikan pastinya ingin mengurangkan kos operasi yang meningkat ini di tambah lagi kemungkinan berlakunya kemerosotan permintaan akibat sikap jimat cermat pengguna kepada barangan yang tidak perlu.Kesan ini lebih kepada syarikat domestik yang pengeluaran untuk pengguna dalam negeri.Jika elaun dan kerja lebih masa ini di potong apa lagi yang tinggal kepada golongan ini?.

Bagi golongan kelas menengah pula, kenaikan harga minyak pasti mengundang seribu macam dugaan! Mereka terpaksa meningkatkan belanja petrol dan ini mengurangkan kuasa beli terhadap barangan lain. Kalau sebelum ini membeli pakaian dua helai baju sebulan, mungkin akan membeli hanya ketika ada jualan murah sahaja. Kalau sebelum ini seminggu sekali makan di restoran makanan segera, kali ini mengurangkannya kepada sebulan sekali.

Bagi pengilang dan pemborong, kenaikan harga minyak akan menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga barang kerana kos pengangkutan yang meningkat. Pengedar dan peruncit pula memindahkan kenaikan kos itu dengan menjual pada harga yang mahal sedikit dari biasa untuk memastikan mereka menikmati pulangan pada kadar yang sama seperti sebelum kenaikan harga.

Masalahnya ia masih belum menyelesaikan masalah mereka kerana harga runcit minyak telah dinaikkan dan mereka mesti mendapat pendapatan yang lebih tinggi berbanding dahulu kerana kenaikan nominal tidak memberi apa-apa kesan kepada nilai sebenar wang mereka. Inilah yang dikatakan kesan inflasi yang menjerut masyarakat kelas menengah dan rendah.

Masyarakat kelas menengah biasanya mendapat pendapatan melalui ‘makan gaji’ yang telah ditetapkan jumlahnya setiap bulan. Mereka tidak berpeluang meningkatkan pendapatan mereka kerana kuasa menentukan gaji tiada di tangan mereka. Dalam keadaan inflasi yang meningkat, kelas inilah yang paling tertekan. Di Argentina pernah berlaku rusuhan akibat kegagalan pihak kerajaan menangani masalah inflasi dan tentu kita tidak mahu perkara yang sama berlaku di negara kita.

Sumber: BicaraNiaga.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s